Terlupa password internet streamyx dan cara dapatkannya kembali

Pernahkah anda tahu password streamyx anda ? Sejak admin langgan streamyx dari tahun 2010 sehinggalah sekarang tidak mengetahui atau tidak ingat sewaktu wakil streamyx datang pasang.Yang hanya admin tahu adalah password Wifi sahaja. Jangan keliru password internet streamyx dengan password Wifi kerana ianya entiti yang berbeza. 

Kenapa perlu tahu password ini mungkin salah satunya kita nak akses hotspot TM atau kita nak set IP kat modem itu. Jadi admin akan tunjukan cara untuk dapatkan semula username dan password  bagi  streamyx sekiranya anda terlupa.Terdapat dua cara yang anda boleh cuba password streamyx iaitu:-

Cara 1.Mendapatkan password streamyx dengan  bantuan 100

1: Masuk ke menu router modem, di address bar web browser tu masuk ke address http://192.168.1.1 (atau http://192.168.1.254) dan lihat pada setting PPPoE / PPoA .
Username standard streamyx biasanya adalah  @streamyx dan @tmnet.

2. Call 100, dan masuk ke menu “perkhidmatan internet”, ke menu “bantuan teknikal” sediakan maklumat pemegang account streamyx seperti nama penuh, no ic, maklumat pengebilan (address) untuk pengesahan operator( ala borang yang nada mula mula isi masa daftar dulu tu)
3. Operator TM akan mengajar anda satu persatu mengatasinya, namun sebelum itu  pastikan telefon anda berdekatan komputer kerana anda boleh menaip terus apa yang di arahkan nanti. kalau tulis di buku nanti anda akan keliru.


Cara 2. Mendapatkan password streamyx tanpa bantuan (buat sendiri)

Default password  biasa streamyx ialah tmnet123, ftx123, net123, password, abc123.Selain dari default password itu jika anda cuba login keluar dialog box  authentication failure (login streamyx dail-up yang gagal) bermaksud password telah berubah atau di ubah dari default password.Oleh itu anda kena beralih ke cara no. 1.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment