Plan Celcom X2 : Celcom naik harga sms 1 sen ke 2 sen per sms mulai 2.10.2014

Nampaknya Celcom pun terkesan dengan kenaikan harga minya minyak.Admin merupakan saki baki pelanggan Celcom yang masih menggunakan plan X2. Walaupun plan X2 ini telah dimansuhkan namun bagi pengguna yang sedia ada dikekalkan sehingga sekarang atau sehinggalah mereka bertukar plan.Admin masih lagi kekal dengan plan ini kerana merasakan plan ini merupakan plan Celcom yang paling berbaloi kepada pengguna berbanding plan yang terbaru dan sebelumnya.Namun jangka hayatnya tidak panjang kerana pihak Celcom telah menamatkan plan ini dengan menggantikan plan X24.




Berbalik kepada kadar baru,nampaknya admin terpaksa menerima apa yang telah ditentukan oleh pihak Celcom.Kadar sms X2 telah dinaikkan dari 1 sen kepada 2 sen per sms.Itulah hadiah dari Celcom kepada pengguna setianya. Syabas Celcom !!!


Nampaknya bukan saja plan X2 yang terlibat dengan kadar baru sms bahkan semua plan seperti di bawah


Nampaknya alasan kenaikan bukan pasal minyak naik..hehehehe tetapi disebabkan harga per sms syarikat Telco yang lain lebih tinggi dari kadarnya.Memang dasar cekik darah betul.

1 comment:

  1. Anonymous6:34 AM

    Xde ke plan celcom yg khusus untuk org kuat msj mcm sy ni 1sen per sms...:(

    ReplyDelete