Kapsul Figure Up dikatakan dihasilkan 100% dari bahan semulajadi yang berkesan membakar lemak dan melangsingkan badan dengan mudah, cepat dan selamat terutama di bahagian badan di mana lemak mudah terkumpul seperti punggung, peha, lengan dan perut
.Ia diadun sempurna dengan pelbagai jenis tumbuhan seperti Garcinia Cambogia, ekstrak Teh Hijau, Citrus Aurantium dan Aloe Vera, serta tidak memiliki unsur-unsur zat kimia berbahaya yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna seperti cirit-birit dan alahan.Banyak testimoni-testimoni pengguna Figure Up memaklumkan bahawa produk ini memang berkesan untuk menurunkan badan badan.
Namun menjadi persoalan sekarang ini adakah ianya selamat untuk dimakan ? kerana pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM mendakwa mengandungi bahan racun berjadual sibutramine yang membahayakan kesihatan berdasarkan maklumat pihak berkuasa Brunei.
Berikut di bawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM.
Orang awam yang sedang menggunakan produk “Figure-Up”adalah dinasihatkan
supaya SEGERA menghentikan pengambilan produk ini atas sebab risiko
penggunaannya yang boleh memudaratkan kesihatan. Orang awam boleh
mendapatkan nasihat dan rawatan dari profesional kesihatan sekiranya
perlu. Bahagian ini juga menggesa agar pengguna lebih berhati-hati dan
tidak mudah tertipu dengan produk-produk kesihatan yang banyak
dipromosikan melalui penjualan internet.
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM telah mendapat maklumat
bahawa produk “Figure-Up” telah dikesan oleh pihak berkuasa Brunei
mengandungi bahan racun berjadual sibutramine. Semakan juga mendapati
produk ini banyak dipromosikan dan dipasarkan melalui penjualan internet
bagi menurunkan berat badan. Label produk juga mengelirukan pengguna
dengan menyatakan ia hanya mengandungi ramuan semulajadi dan dihasilkan
di kilang yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (APB). Hasil siasatan
lanjut mendapati nama syarikat yang tertera pada label produk iaitu
Biospecialty Food Trading yang beralamat palsu di Kota Damansara,
Selangor merupakan syarikat yang tidak dilesenkan di bawah Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity.
Namun demikian, ubat-ubatan yang mengandungi sibutramine telah ditarik
balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab
peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung
dan strok. Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan
sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung,
kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan
kesukaran tidur.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI
Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan
penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual
adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar
Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan
Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah
Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi
RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk
kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak
melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga
RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk
kesalahan berikutnya.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini
dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-7841 3200 atau mana-mana
Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran.
Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan
menghubungi BPFK di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my
DATO’ EISAH BINTI ABDUL RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh: 30 Oktober 2013 - 8:46am
Kategori berita:
Siaran Akhbar
Tarikh terbit:
Rabu, 30 Oktober 2013
Sumber asal
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada h...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Meloyakan bila mendengarnya bukan? Tetapi pernahkah anda membeli? Belum tentu anda mahu memakannya....
-
Baru-baru ini kecoh dengan rakaman audio HotFM yang menjadi perbualan orang ramai. Admin yakin anda setuju jika admin katakan ini bahwa an...
-
Baru-baru ini kereta admin mengalami kejadian overheat.Ket ika itu admin dalam perjalan ke pekan di mana secara tiba-tiba ekon tak se juk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment