Kebanyakan deodoran adalah berasaskan alkohol. Alkohol pada asalnya merangsang pengeluaran peluh dan juga dapat memusnahkan bakteria. Bagaimanapun alkohol juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan ada kalanya menjadi radang kemerah-merahan. Selain itu, kebanyakan cecair deodoran memiliki sifat-sifat anti-perspiran, yang mana ia berupaya menghentikan atau mengurangkan pengeluaran peluh secara ketara.
Dengan yang demikian, ia mengurangkan lembapan yang diperlukan oleh bakteria. Bahan yang paling kerap digunakan sebagai agen anti-perspiran adalah aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium zirkonium. Anti-perspiran yang berasaskan aluminium ini akan bertindak balas dengan elektrolit yang ada dalam air peluh, membentuk gel plugs dalam 'sweat glands ducts'. Gel plugs tersebut akan menghalang 'sweat glands ducts' dari mengeluarkan cairan peluhnya. Bagaimanapun ia akhirnya akan dikeluarkan juga melalui pertukaran sel-sel kulit.
Penemuan terakhir telah menunjukkan bahawa aluminium adalah bersifat 'poisonous neurotoxin', yang boleh terkumpul di dalam tubuh. Ia didapati boleh menyebabkan pemendakan amyloid proteins yang menjadi punca kekusutan sel-sel otak dalam kebanyakan kes 'dementia'. Hasil dari kajian tersebut juga mereka menemukan bukti bahawa paras aluminium fluorida serendah 1ppm, boleh menyebabkan kesan buruk terhadap perkembangan otak. Aluminium yang bersifat ‘poisonous neurotoxin’ berpotensi merubah fungsi ‘blood brain barrier’, dan ia adalah salah satu unsur yang tidak ada fungsi dan manfaat terhadap sel-sel hidup.
Tidak menghairankan bahawa penggunaan aluminium dalam anti-perspiran dikatakan mempunyai hubung kait dengan ‘systemic accumulation of aluminium’ , punca meningkatnya risiko penyakit Alzheimer.
Telah ditemukan juga melalui satu kajian yang dilakukan pada tahun 2004 oleh Dr Kris McGrath, seorang ahli alergi Chicago yang mendakwa telah menemui hubungan antara antiperspiran, mencukur ketiak dan kanser. Beliau percaya bahan penyebab yang terdapat di dalam antiperspiran adalah racun dalam garam aluminium seperti aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium zirkonium. Beliau mengatakan, walaupun bahan-bahan tersebut biasanya tidak menembusi kulit dan tidak menimbulkan masalah, namun dengan mencukur boleh mengakibatkan perkara yang sebaliknya terhadap kulit. Perlakuan mencukur sebenarnya, mengganggu kulit seumpama membuka pintu untuk kemasukan bahan-bahan berkenaan, kerana tepat di bawah kulit terdapat sistem lymphatic, yang bersambung dengan payudara.
Dalam kajian tersebut, lebih dari 400 pengidap kanser payudara di Chicago memperakui bahawa mereka biasa menggunakan antiperspirans dan mencukur ketiak. Beliau mendapati bahawa wanita yang melakukan pencukuran ketiak yang kerap mengalami serangan kanser payudara 22 tahun lebih awal dari yang tidak melakukannya.
Terakhir para penyelidik British, telah menemui juga jejak bahan kimia lain yang disebut paraben, digunakan sebagai pengawet dalam deodoran, pada rangkaian yang diambil dari wanita yang mengidap kanser payudara. Mereka juga telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam Journal of Toxicology yang memberikan pandangan kemungkinan bahan kosmetik yang digunapakai pada ketiak menjadi antara faktor penyebab kanser payudara. Walaupun tidak jelas bagaimana berlaku mekanisma yang diajukan, tapi yang pasti adalah lebih selamat untuk mengelakkan semua antiperspiran dan deodoran, yang mengandungi bahan-bahan tersebut demi keselamatan.
Sumber- Bioasli
No comments:
Post a Comment