Bahaya memakai ubat ketiak jenis anti-perspirant,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda pernah menggunakan ubat ketiak ataupun dikenali Deodoran.Ia adalah produk penjagaan kebersihan, yang biasa digunakan dan mudah didapati hampir dalam setiap rumah. Boleh didapati dalam berbagai bentuk, samada pepejal, cecair, ataupun serbuk.


 Digunakan terutamanya di bawah ketiak, bagi menghilangkan bau badan yang berpunca dari aktiviti penguraian bakteria terhadap peluh. Bakteria berkenaan 'memakan' peluh dari apocrine glands, sel-sel kulit mati dan sel-sel bulu roma, lalu mengeluarkan asid 3-methyl-2-hexenoic.


 Apa itu Antiperspiran?

Kebanyakan orang berfikir bahawa antiperspiran dan deodoran adalah sama. Hakikatnya keduanya adalah produk yang sangat berbeza. Perbezaan terletak pada mekanisma fungsi produk ini dan potensinya mempengaruhi kesihatan. Pada dasarnya kedua-duanya merupakan bahan kimia yang menggunakan proses yang berbeza untuk mengurangkan bau badan. Sebahagian bahan tertentu dalam produk berkenaan dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun deodoran sering disebut sebagai alternatif yang lebih baik daripada kebanyakan antiperspiran.

Antiperspiran, selain mengandungi bahan wangian, ia juga mengandungi sebatian kimia yang berfungsi menyumbat, menutup atau menghalang pori-pori liang roma dengan astringents kuat seperti garam aluminium klorida, aluminium klorohidrat dan aluminium zirkonium sehingga peluh tidak dapat dilepaskan.

Apa itu Deodoran biasa ?

Sementara deodoran biasa berfungsi dengan meneutralkan bau keringat dan dengan bertindak sebagai antiseptik yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak. Deodoran tidak menghalang keringat, tetapi mencegah bau.Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang deodoran, iaitu dengan beranggapan bahawa ia hanya bahan beraroma yang menutupi bau badan. 



Oleh itu mereka lebih cenderung untuk memilih antiperspiran, yang mereka anggap berfungsi menghilangkan bau, berbanding deodoran yang pada anggapan mereka hanya menutupi bau.

Kesimpulannya deodoran adalah lebih baik kerana ia tidak mengganggu proses perpeluhan, proses pendinginan tubuh semulajadi.Kumpulan-kumpulan persatuan pengguna serata dunia kini terus menyuarakan keprihatinan atas alasan keselamatan dan kesihatan awam yang berhubung kait dengan produk kecantikan dan tidak terkecuali deodoran dan antiperspiran. Beberapa kajian menunjukkan potensi risiko kesihatan yang berkaitan dengan sebatian aluminium ditemui di dalam kebanyakan antiperspiran. Kajian yang serupa juga telah menemukan risiko yang mungkin disebabkan oleh paraben di dalam beberapa deodoran. Kedua-duanya telah dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik, termasuk kanser payudara.

1 comment:

  1. teriamakasih banyak... ternyata ada dampak burknya ya...

    ReplyDelete