Tidak Puas Mercun Bola Kini Mercun Kelapa Jadi Sasaran

Gambar Hiasan : Mercun Kelapa
Assalamualaikun dan Salam Sejahtera.

Rakyat Malaysia kini memang suka mencuba terutama orang Melayu dalam bab mercun.Bagaikan satu kewajipan untuk bermain mercun di kala muncul bulan Ramadhan. Sanggup menyuludup masuk dan menjualnya demi keuntungan berganda.



Mereka bukan sahaja menyeludup pelbagai mercun yang biasa dilihat seperti mercun bola,mercun telur,mercun katak,mercun naga dan sebagainya namun terbaru di pasaran mercun ini mula mendapat perhatian kepada penggemar mercun iaitu kelapa pandan yang dianggap terbaru dalam pasaran..

Dengan saiz sebesar itu ia dikatakan mampu mengeluarkan letupan yang dapat didengar sehingga sejauh satu kilometer.Semua mercun itu dipercayai dibeli secara kecil-kecilan dari negara jiran dan disimpan di dalam rumah itu sebelum dijual menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.Dengan menjual mercun-mercun itu,  mampu mendapat untung berlipat ganda dengan menjualnya sehingga ribuan ringgit dengan modal yang kecil.

Dari pelbagai jenis mercun sama ada jenis tradisional seperti meriam buluh hinggalah mercun bola,nampaknya mereka seolah tidak puas dengan kekuatan bunyi yang dihasilkan.Agaknya citarasa rakyat Malaysia amnya suka letupan yang kuat-kuat gamaknya.





No comments:

Post a Comment