Keluhan Rasa Untuk Penjual Mercun Bola,Mercun Kelapa

Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin kurang senang apabila melihat kanak-kanak atau para belia bermain mercun secara terbuka..Bermain mercun bukan sahaja membahaya kini sendiri tetapi juga orang lain yang lalu lalang.Sudah banyak kes telah berlaku saban tahun di mana mangsa mercun adalah orang yang berada sekitarnya.

Tiap-tiap tahun pasti ada mangsa mercun yang putus jari dan tangan kerana mercun.Begitu mudah rakyat Malaysia mendapatkan mercun-mercun ini seolah-olah tiada penguatkuasaan dari pihak berkuasa walaupun ada larangan dari pihak berkuasa.

.Tetapi ingatlah,jika anda diluar sana yang kini menjual mercun.

Dengarlah keluhan selaku ibubapa kepada kanak-kanak yang sedang membesar.Kami ibubapa akui cuba sentiasa mengawasi anak-anak agar tidak bermian mercun namun  tidak mampu mengawasi mereka 24 jam sehari. Pasti ada kebolosan waktu mereka akan mencuri peluang untuk bernain bersama kawan-kawan diluar pengetahuan kami.Bahaya pasti menanti mereka apabila tersilap langkah.Siapa yang tidak sayang anak seboleh-boleh mahu melihat mereka membesar dengan sempurna tanpa cacat cela.

Bagi anda yang mengambil kesempatan menjual mercun demi menjana keuntungan sempena hari raya ini demi mencari duit poket, admin mohon fikir-fikirkanlah secara mendalam tentang keuntungan yang bakal diperolehi nanti jika pembeli mati atau tercedera atau putus jari akibat mercun anda jual. Sanggupkah anda mengunakan duit keuntungan itu demi membeli baju raya untuk anak-anak anda sedangkan ibubapa kepada kanak-kanak yang membeli mercun dari anda membeli kain kapan untuk anaknya gara-gara mercun anda.

Ada banyak pekerjaan lain yang boleh mendatangkan keuntungan kenapa mercun jadi pilihan. Tidak pernah terfikirkah anda kesannya kepada anak-anak bangsa Melayu....fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment