Normal untuk mana-mana lelaki sihat dan mempunyai fungsi syahwat
serta
tenaga batin yang baik mencapai ereksi apabila dalam keadaan ghairah.
Dalam
keadaan terangsang, jalanan darah meningkat ke dalam otot zakar dan
zakar mengembang, memanjang, membesar dan menegang serta sesuai untuk
disalurkan ke dalam faraj.
Jika perkara sebaliknya
berlaku, iaitu
terangsang tetapi tidak mencapai ereksi atau dapat mencapai ereksi
tetapi tidak kekal atau dapat meneruskan hubungan kelamin tetapi tidak
dapat masuk ke dalam faraj kerana zakar tidak cukup keras dan mengendur
atau 'mati' setengah jalan, lelaki itu mengalami Disfungsi Erektil atau
DE.
Sebahagian besar lelaki yang mengalami DE ada
masalah
kesihatan, terutama yang berusia. Masalah kesihatan dimaksudkan ialah
kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dalam
darah dan penyakit jantung.
Jika lelaki itu sihat dan
muda,
kemungkinan masalah DE mereka ada kaitan dengan tekanan atau stres.
Apabila tekanan itu kurang, keadaan menjadi pulih.
Kadangkala
mereka perlu rawatan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam hubungan
seksual dengan pasangan mereka.Jika
DE berlaku sekali sekala dan berterusan hingga enam bulan, masalah ini
dikenali DE awalan. Jika ia banyak kali berlaku dan berpanjangan enam
bulan, ia dikenali DE pertengahan.
Jika ia terus
berlaku dan
terus gagal, DE ini dikenali DE tetap. DE tetap ini kadangkala digelar
mati pucuk. Saudara mengalami masalah DE kerana tidak dapat mencapai
ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan.
Jika ini
hanya berlaku
ketika isteri dalam keadaan subur, kemungkinan masalah anda ada kaitan
dengan tekanan kerana perlu lakukan seks pada waktu subur isteri,
walaupun saudara tiada mood.
Bagaimanapun, mustahak
untuk anda mendapatkan rawatan moden bagi mengatasi masalah ini.
.
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada h...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Meloyakan bila mendengarnya bukan? Tetapi pernahkah anda membeli? Belum tentu anda mahu memakannya....
-
Baru-baru ini kecoh dengan rakaman audio HotFM yang menjadi perbualan orang ramai. Admin yakin anda setuju jika admin katakan ini bahwa an...
-
Baru-baru ini kereta admin mengalami kejadian overheat.Ket ika itu admin dalam perjalan ke pekan di mana secara tiba-tiba ekon tak se juk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment