Petua Menghilangkan Kesan Parut Jerawat di Muka


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Jerawat yang sudah kering atau jerawat yang dipicit akan meninggalkan parut di muka. Muka yang ada kesan parut jerawat sudah tentulah kelihatan tidak menarik dan nampak ganas serta samseng. Janganlah bimbang sangat.

Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menghilangkan parut jerawat pada wajah anda. Terdapat 5 petua untuk menghilangkan parut jerawat pada kulit muka adalah seperti berikut:-

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis
Cara-cara: Tumbuk atau kisarkan beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk kulit kayu manis tadi dengan sedikit air.Selepas tempek dekat muka dan biar sehingga kering.


Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Timun
Bahan-bahan: Timun
Cara-cara: Kisarkan timun dan kemudian tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada kulit muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian, cuci muka sehingga bersih dengan air suam. 


Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Jambu Batu
Bahan-bahan: Daun Jambu Batu
Cara-cara: Daun jambu batu (pucuk) yang telah dilumatkan juga berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, gaulkan dengan bedak sejuk, lalu sapu ke muka bila hendak tidur. 


Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Air Beras
Bahan-bahan: Air Beras 
Cara-cara: Ketika nak masak nasi kebiasaannya air basuhan beras itu akan dibuang.tetapi untuk kali ini ambil air basuhan beras untuk disapu pada wajah.Hendak lagi molek sekarang ini sabun air beras banyak dijual di pasaran maka beli yang itu untuk dijadikan pencuci muka. Insyaallah anda akn lihat perubahan pada wajh anda.


Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Asam Jawa
Asam jawa sering digunakan sebagai salah satu bahan  untuk memasak di dapur. Selain itu asam jawa bermanfaat juga untuk menghilangkan bekas jerawat.

Caranya :
  • Ambil sedikit asam jawa dan 1 ruas kunyit yang telah di parut
  • Beri sedikit air hingga menjadi masker
  • Oleskan pada wajah (20 minit)
  • Cuci hingga bersih dengan air
Selamat Mencuba !!!


No comments:

Post a Comment