Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Baru-baru ini kenaikan 20 sen harga minyak petrol RON97 menjadi RM 2.90. Bagi admin yang tidak mampu membeli minyak RON 97 ini mungkin tidak merasa apa-apa kesan dari kenaikan ini. Ini kerana admin hanya mampu beli minyak RON95 walaupun tahu bahawa kualiti minyak kurang baik kepada enjin kereta pada jangka masa panjang.
Namun secara tidak sengaja admin tergoogle satu blog yang memberi penjelasan hakikat yang tidak diketahui oleh rakyat bahawa harga sebenar RON95 adalah lebih mahal dari RON97.
Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).
Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.
Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!
Bandingkan RON95 harga tanpa subsidi RM3.35 harga jualan RM1.90 (subsidi kerajaan bagi RM1.45). RON 97 pula tanpa subsidi RM2.90 harga jualan RM2.90 (tiada subsidi kerajaan keluarkan).Tidak pelik ke atau satu kejanggalan apabila minyak berkualiti lebih murah tetapi kerajaan bazir duit bagi subsidi utk RON95. Bukankah adalah lebih baik subsidi RM1.45 yg dibayar utk RON95 bagi kat RON97 agar rakyat dapat minyak terbaik RON97 pada harga RM1.45.
PS: Mari sama-sama kita fikirkan...
penjelasan penuh klik sini
No comments:
Post a Comment