Cara Tukar Astro Berbayar ke Pakej NJOI (Percuma Seumur Hidup)


Asslamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini admin nak berkongsi cara untuk convert pakej Astro yang berbayar ke pada pakej Njoi. Bermula daripada 1 Disember 2012 lalu, saluran TV3 dan TV9 telah melebarkan sayapnya di saluran Astro NJOI iaitu perkhidmatan televisyen satelit secara percuma selaras dengan usahanya untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam industri penyiaran Malaysia. 

Ia sekaligus memberi peluang kepada penonton sasarannya untuk terus mengikuti rancangan yang disediakan. Jadi admin melihat ianya agak berbaloi untuk melihat perbelanjaan bulanan yang boleh diselaraskan balik bagi mengoptimumkan lebihan wang di poket anda. Sekiranya anda melanggan anstro semata-mata untuk mendapatkan siaran yang lebih jelas dan anda kalau boleh tidak mahu lagi melanggan pakej bulanan.Ini adalah cara-caranya :-

1. Anda call 03-95438100 ( Astro NJOI)
2. Minta Operator untuk convert pakej sedia ada keo Asro Njoi.
3.Pastikan anda sudah menjelaskan bil-bil yang terkini mahupun sebarang tunggakan.
4. Anda perlu menjelaskan wang proses penukaran sebanyak RM 99.00.
5. Selepas pembayaran tersebut anda perlu menunggu 2 hari bekerja untuk proses tukar pakej NJOI.

# Pastikan anda membuat proses penukaran pakej sebelum 5hb pada awal bulan bagi mengelakkan anda dikenakan bil langgan.Ini kerana pihak astro mengenakan charge kepada pelanggannya pada bil setiap 5hb.

Nota Penting :-

1. Apabila anda convert pakej berbayar ke pakej Njoi..anda tidak lagi boleh menukar kembali ke pakej berbayar.
2. Jika anda ingin pakej berbayar anda perlu melanggan seperti permohonan baru.
3. Pakej Njoi ini adalah pakej sepanjang hayat dan anda tidak menutup akaun pakej Njoi.
4. Selamat berNjoi.. :)

PS: Di saat admin menulis langkah-langkah ini, Admin masih belum lagi menukar akaun berbayar ke pakej free ini disebabkan ada tunggakan bil Astro...

11 comments:

  1. Anonymous2:29 AM

    Promosi ni sampai september tahun bila? ada lagi ke? kalau nak tukar astro ke njoi nanti dekoder dengan piring astro asal kita simpan ke dorg ambil?tq..

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:15 AM

    Macamana nak buat bayaran RM 99.00 tu kalau di Kedah kat mana Pusat Khidmat Pelanggan Astro

    ReplyDelete
  3. Macamni pihak Njoi minta kita selesaikan segala tunggakan yang ada pada akaun berbayar,lepas itu bayar RM99 (yuran proses penukaran ke Njoi) ke dalam akaun yang sama.selepas pembayaran dibuat,saya telefon pihak Njoi maklum payment RM99 sudah dibuat dan phak Njoi akan proses permohonon penukaran dan keterangan lanjut akan diterangkan oleh pegawai bertugas.harap maklumbalas ini membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7:51 AM

      Kat mana nak bayar RM 99.00 tu pjbt Pos / TM tak mau terima depa terima apa yg tercatit dlm bil aja,

      Delete
  4. Setakat pengalaman saya..saya pergi kedai ajen Astro sebab diaorang ada terima pembayaran bil astro melalui mereka.kat situ saya bagi bil astro dan bagitau saya nak bayar bil berjumlah RM 99. tanpa mengikut jumlah dalam bil sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar rm99 guna maybank2u boleh ke?

      Delete
  5. seeloknya bayar melalui agent berdaftar dengan astro bagi pembayaran bil.kalau maybank saya tak pasti..takut pembayaran tuh ambil masa untuk proses berbanding cara ini.Makna selepas kita bayar terus boleh call Njoi untuk proses selanjutnya.itu pandangan saya.TQvm

    ReplyDelete
  6. Anonymous6:49 AM

    Fadzlil, pd tarikh 19 Jan 2015 ni, ada lagi ke rm99 if nak convert dari bil? Agen yg layan call tu kata kena bayar rm99 + rm228 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya tidak pasti mungkin syaratnya sudah berbeza pada waktu kini.Apa apun sila rujuk dengan Service CenterNJOI untuk kepastian.

      Delete
  7. Klu madih contract astro boleh tukar enjoy ke....mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artikel di tas hanya valid untuk yang habis kontrak sahaja.kalau yg belum abis kontrak akan dikenakan penalty rasanya.Untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan NJOI, sila hubungi di 03-9543 8100 (8:00 pagi – 12:00 tengah malam).

      Delete