Seorang lelaki British iaitu, Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 – 2 Jun 1966), atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt, merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentakbir koloni dengan kemahiran Malaya British.
Secara ringkasnya, Sir Richard Olaf Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford, dari mana dia menerima MA.
Dalam tahun 1902 Sir Richard Olaf Winstedt telah menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana disitulah dia mempelajari bahasa dan budaya orang Melayu.
Pada tahun 1913 pula, dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford.
Sir Richard Olaf Winstedt ini sebenarnya mempunyai satu sifat buruk. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri FMS, dia tidak buat kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu and belajar mengenai manuskrip lama dan ilmu orang melayu.
Hasil kerajinan beliau, akhirnya pada 1909 dia telah berjaya menulis dalam satu unpublished Journal by Asiatic Society, ILMU MEMANGGIL PUNTIANAK. Hasil tulisan tangan oleh Dato’ Amarabangsa Wiraja/Wijaya, Ketika era 1850'an, beliau adalah seorang bomoh yang amat hebat di zaman itu dari Temenggor, Perak
No comments:
Post a Comment