Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Tanda-Tanda Kita Diganggu Oleh Jin Dan Syaitan


Jin dan Syaitan adalah Makhluk Allah s.w.t yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar,kecuali dengan menggunakan cara yang tertentu.Jin dan Syaitan ini ditugaskan untuk menyesatkan manusia supaya manusia alpa dan leka dengan duniawi dan melupakan terus akhirat kelak.

'Jin'ﻦﻲﺟ (jinnie) atau (genie) merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api. Jin berbeza dengan malaikat. Malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir dan seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan kewajipan jin seperti juga dengan manusia. Jin dan manusia memiliki kewajipan menyembah Allah.

Rujukan :
Surah al-Dzariyat : Ayat 56

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)".


Rujukan :
Surah al-An'am : Ayat 130

"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan membei peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orangyang kafir".
Di antara jin ada yang mendengar Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. kemudian mereka menyampaikan apa yang didengarkan kepada kaumnya. Sebahagian kamunya itu ada yang percaya dengan apa yang disampaikan oleh kawannya itu. Sedangkan sebahagian yang lain tidak mempercayainya. Mereka yang percaya akan memperoleh pahala, sedangkan yang tidak percaya dan menginkarinya akan diseksa di neraka kelak.


Rujukan :
Surah al-A'raf : Ayat 179

"Dan sesungguhnya, telah kami ciptakan untuk isi Neraka jahannam kebanyak dari jin dan manusia (mereka yang kafir)"

Tanda-tanda Gangguan Ketika Sedar
  • Sakit Tulang Belakang
  • Sakit Kepala tanpa sebab (klinikal)
  • Sakit bahagian tulang rusuk kiri
  • Istihadah bagi darah yang keluar melebihi 15 hari
  • Terasa sesuatau mengekori dan melintas di belakang anda
  • Sering sesak nafas terutama pada waktu maghrib dan tengah malam
  • Timbul rasa takut tanpa sebab
  • Takut ziarahi Jenazah
  • Dengar Bisikan yang meminta melakukan sesuatu yang dilarang Allah swt seperti Bunuh Diri
  • Ragu-ragu tentang keimanan
  • Rasa seperti hampir menemui ajal

Tanda-tanda Gangguan Jin Ketika Tidur
  • Seringkali mimpi menakuitkan seperti mahkluk halus
  • Sering di himpit sesuatu ketika tidur
  • Sering kali bermimpi binatang berbisa
  • Mimpi bayi dan kanak-kanak
  • Mimpi jatuh dari tempat  tinggi
  • Mimpi ke tempat kotor,menakutkan dan bunyi
  • Dengar suara yang datang menyergah ketika tidur
  • Rasa sesuatau yang menyentap kaki ketika mata hampir terlelap
  • Sukar untuk tidur waktu malam
  • Terdapat kesan lebam ketika bangun dari tidur                 

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca