Logo baru Hari Merdeka 2012

Logo baru

Assalamulaikum...

Selepas Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan pembatalan logo Merdeka sebelum ini, yang baru pula telah muncul di akhbar-akhbar utama sejak minggu lepas.

Logo ini memaparkan unsur-unsur yang sama tetapi dengan grafik yang lebih baik berbanding dengan logo sebelumnya yang semata-mata dibuat melalui gabungan fon yang sedia ada pada editor grafik Photoshop.


Logo baru yang muncul di muka depan beberapa akhbar seperti 
Berita Harian, Utusan Malaysia dan New Straits Times sejak minggu lepas mempunyai nombor 55 dalam warna biru dan kuning dengan garis merah berombak di atasnya.
Logo Merdeka  2012 Yang Lama


Selain daripada itu, ia juga mempunyai logo 1Malaysia serta tulisan "Merdeka" dan "Janji Ditepati".


Nampaknya, logo kali ni nampak lebih menarik dan sesuai dengan tema merdeka negara ini

No comments:

Post a Comment