Kebaikan Vitamin B Complex

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya untuk mendapatkan faedah yang optimum.
Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Vitamin B-Complex terdiri daripada :-
  1. Vitamin B1 (thiamine)
  2. Vitamin B2 (riboflavin)
  3. Vitamin B3 (niacin or niacinamide)
  4. Vitamin B5 (pantothenic acid)
  5. Vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxal, or pyridoxamine, or pyridoxine hydrochloride)
  6. Vitamin B7 (biotin)
  7. Vitamin B9 (folic acid)
  8. Vitamin B12 (various cobalamins; commonly cyanocobalamin in vitamin supplements)
 
Siapa sebenarnya yang perlu Vitamin B-complex ?
  • Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yangTerdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

Gejala kekurangan vitamin B:

  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress

Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.
Sumber Vitamin B

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  1. Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro
  2. Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  3. Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  4. Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  5. Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  6. Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  7. Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Cara yang paling meluas orang menambah kumpulan  vitamin B adalah dengan mengambil suplemen makanan tambahan yang boleh didapati di kedai-kedai dan pasar raya, serta minuman tenaga, yang bagaimanapun boleh membentuk satu ancaman kepada kesihatan. Ini adalah kerana pengambilan dos yang tinggi bagi vitamin B boleh menghasilkan kesan yang berbahaya, iaitu anafilaksis, kulit kemerahan, rasa loya dan ketoksikan hati, gatal-gatal dan sakit kepala, keadaan neurologi dan masalah kulit.

1 comment: