Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kenapa anda perlu tinted kereta anda

Rata-rata di jalan raya, kita melihat kebanyakan kenderaan menggunakan cermin gelap sama ada terus gelap (tidak nampak langsung pemandu di dalam kenderaan) atau agak gelap (berdasarkan peratus ketelusan cahaya).


Orang ramai boleh memperolehi ‘tinted film’ di kedai-kedai aksesori kenderaan dengan begitu mudah malah ada yang berani menyatakan ‘tinted film’ yang dijual mendapat kebenaran JPJ. Hakikatnya, JPJ tidak pernah memperakui mana-mana jenama ‘tinted film’ bagi tujuan pemakaian cermin gelap.


Kenapa anda perlu tinted kereta anda?

1. Haba panas cahaya matahari

Biasalah kat malaysia ni amat panas. Jadi nak elakkan haba yg mungkin membahayakan kita dan juga bahang panas terik seeloknye tintedlah kereta anda....kalau pasang airsond pun susah nak sejuk sebabkan panas terik matahari...kalau dah tinted aircond jadi cepat sejuk...

2.Melindungi kulit dari sinaran UV yang membahayakan.

Ianya juga dapat memelihara kulit anda...dari cahaya matahari yg merbahaya.Kalau kulit kita terdedah terlampau lama ada kemungkinan besar mendapt kanser kulit.

3. Sebagai perlindungan tambahan kepada kemalangan dan kecurian.
Jika berlaku sebarang kemalangan, dapatlah serba sedikit melindungi anda dan kalau tak ada tinted, cermin depan akan terus berkecai dan menyebabkan kecederaan yg lebih serius berlaku jika berlaku kemalangan. Selain itu, bagi pemandu2 wanita pula, sering kali mereka meletakkan handbag di seat sebelah, apa yg berlaku, senanglah peragut2 memecahkan cermin tingkap lalu terus mengambil handbag anda...dengan adanya security tinted, amat susah mereka utk memecahkan cermin tingkap anda.

4. Pemanduan yang lebih selamat.

Bahang cahaya matahari yg terik menyebabkan anda mudah mengantuk....dengan adanye tinted glass dapat mengurangkan bahang matahari dan kurangkan keletihan mata anda sewaktu memandu.

5. Mengelakkan aksesori kenderaan anda pudar

Mengelakkan berlakunye kerosakan aksesori kereta anda seperti seat kulit, dash board dan sebagainya. Dengan adenya tinted ini maka dapatlah serba sedikit protect all item in your car.

Maklumat Tinted Filem Yang Perlu Anda Ketahui sebelum pasang pada kereta anda..


1. VLT (Visible Light Transmission) - kadar penembusan cahaya
Ini adalah hal penting sekali diambil kira dalm pemasangan tinted. Jikalau anda tidak mahu bermasalah dengan JPJ kemudian hari.Adalh lebih baik mematuhi kadar yang ditetapkan oleh JPJ iaitu VLT cermin hadapan iaitu 70% manakala bahagian tepi dan belakang dengan kadar VLT 50%.

2. UV (Ultra-violet) Rejection - sinaran UV yang membahayakan manusia
Memilih filem tinted yang memberi perlindungan yang tinggi amatlah digalakkan. Namun di pasaran tinted kereta Malaysia kebiasanya memberi  perlindungan sehingga 99% UV.


3. IR (Infra-red) Rejection: Haba kepanasan
IR maksudnya panas. Memilih filem tinted yang memberi perlindungan haba yang tinggi amatlah bagus.Kebiasaanya filem tinted yang mempunyai IR 90%  ke atas akan membuatkan kereta anda cepat sejuk dan tidak memerlukan penggunaan aircond yang tinggi yang akan meninggikan kos minyak kereta anda.Namun begitu tinted yang tinggi kadar IR memang mahal dan boleh mencecah ribuan ringgit untuk pemasangan 6 cermin kereta.

Kesimpulannya, jangan terpedaya dengan penjual tinted yang menawarkan pakej murah untuk pemasangan tinted kereta anda.Pastikan  anda peka terhadap 3 isu yang di atas dalam pemasngan tinted.Kebiasaanya pakej murah dalam RN 250 ke bawah menwarkan kadar IR (Infra-red) Rejection dalam lingkungan 60% ke bawah bermakna kereta anda lambat sejuk dan perlu kos minyak yang lebih bagi menampung pemasangan aircond di tahap maksima.

Bagaimana nak pasang tinted kereta ikut standard JPJ?

Kalau nak pasang tinted ni, perlu ikut standard JPJ untuk pemasangan cermin gelap pada kenderaan ni. Seperti dalam gambar atas tu yang mana cermin depan (windscreen) hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.. Boleh rujuk blog rasmi JPJ ataupun website JPJ untuk peraturan ni.


Tindakan yang boleh dikenakan kepada pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap:

  1. JPJ mengeluarkan Notis PG1 iaitu Larangan Penggunaan Kenderaan dengan tempoh selama 10 hari. Dalam tempoh ini, pemilik kenderaan dikehendaki menukar cermin gelap kepada cermin yang mematuhi tahap ketelusan cahaya yang dibenarkan.
  2. Pemilik kenderaan dikehendaki membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan. Setelah dipastikan cermin kenderaan telah ditukar, JPJ akan mengeluarkan Notis Menarik Balik Larangan iaitu PG2.
  3. Walau bagaimana pun, sekiranya pemilik kenderaan gagal mematuhi Notis PG1 (iaitu tidak membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan), JPJ akan mengeluarkan saman JPJ 22 kerana gagal mematuhi Notis PG1.
  4. Penalti bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhi Notis PG1 adalah kompaun maksimum RM300 dan kenderaan disenaraikan hitam sehingga Notis PG1 dipatuhi.
Oleh itu, berhati-hati dengan penggunaan cermin gelap kenderaan anda. Pastikan peratus ketelusan cahaya adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Bukan tidak dibenarkan memakai cermin gelap TETAPI dengan peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca