
Apa yang terbaru ?
Yang paling jelas ialah paparan pengguna yang lebih mesra dan menarik. Iobit memberikan pilihan warna hitam atau putih bagi memenuhi kesesuaian anda. Terdapat 3 komponen utama Advance SystemCare - maintain windows, diagnose system dan utilities.
Maintain Windows
Hanya klik pada satu butang scan untuk Advance SystemCare 3.0 mengimbas komputer anda untuk spyware, junk files, memperbaiki registry dan memadamkan history, cookies untuk tujuan menyelenggaraan sistem windows supaya berfungsi dengan lebih efisien. Perisian ini akan memberitahu anda masalah-masalah yang timbul dan apa yang anda perlu lakukan ialah dengan klik pada butang repair dan semuanya selesai.
Dianose System
Aplikasi ini berfungsi menganalisa prestasi dan tahap kesalamatan sistem komputer. Dari system optimization hinggalah security analyzer, ia berfungsi untuk meningkatkan kelajuan komputer anda.
Utilities
Ciri ini merupakan yang terbaru diperkenalkan pada Advance SystemCare 3.0 berbanding versi sebelumnya. Terdapat 3 aplikasi utama di dalam segmen utilities ini - tune up, security dan admin tools di mana aplikasi-aplikasi ini memberikan anda 'kuasa' yang lebih untuk mengawal sistem windows komputer anda.
Aplikasi yang paling menarik yang pihak kami rasakan terbaik dibawakan oleh perisian ini ialah Firefox TCP Optimizer dan Smart RAM. Dengan TCP Optimizer, pengguna terutamanya yang menggunakan Mozilla Firefox boleh memanfaatkannya untuk mengoptimumkan prestasi pelayar dan meningkatkan kelajuan internet.
Firefox TCP Optimizer-mengoptimumkan prestasi pelayar dan meningkatkan kelajuan internet.
Dengan SMART RAM pula, ia berfungsi mengawasi penggunaan memori RAM dibalik tabir dan akan bertindak membebaskan RAM apabila lebih memori diperlukan. Ia sama sekali tidak menganggu prestasi komputer seperti yang dirasakan sesetengah pihak. Kami menyarankan anda mencuba aplikasi ini dan pastikan anda melilih semua pilihan di dalam setting seperti imej di bawah.
Pastikan anda melilih semua pilihan di dalam setting.
Selamat mencuba... :)
No comments:
Post a Comment