Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part 2

 Aku bergegas ke kaunter bayaran untuk booking rawatan flapless. Staf kaunter pembayaran menyatakan kos semua RM 5 ribu dan aku keluar kad harimau. Dia maklum kad harimau ni bole buat ansurans 12 bulan dengan kadar RM 416.00 sebulan. Apa lagi aku terus bersetuju sambil ketawa lah..pucuk dicita ulam mendatang.Selesai bab bayaran dan aku buka apps Agoda cari hotel paling dekat dengan Ikonik dapatlah hotel jarak 8 km dr Ikonik. Aku naik grab ke Mokka Hotel dan buat bayaran RM 100 semalam bg bilik katil single. 

(Gambar ambik dari google)

(Gambar ambik dari google)


Aku merehatkan diri kemudian mandi
 dan selesai solat. Selepas dah segar sikit, jam menunjukkan 6.30 petang aku turun hotel cari kedai 7E cari roti sambal-sambil cari kedai cermin mata berdekatan hotel tp malangnya tak jumpa. Kaki aku dah mula buat perangai dengan pinggang mula lengguh dan kemudian kebas kebas dan menyukar aku untuk berjalan. Terpaksa berhenti setiap 20 meter berjalan. Peluh di dahi mula keluar macam hujan membasahi tubuhku. Aku tak mampu nak berjalan dah, aku duduk di tembok batu sambil cari port makan terdekat. Aku naik grab ke Pavalion walaupun jaraknya tak sampai 1.5 km. Pertama kali aku jejak dalam hidup masuk Pavalion punya la besar bangunannya. Aku sorang diri naik turun naik escalator ke setiap tingkat  mencari kedai cermin mata.Akhirnya aku jumpa kedai cermin mata iaitu 68C Optic dan terus beli spek mata hitam untuk kegunaan esok.

(Gambar ambik dari google)

Aku mula sesat dalam Pavalion untuk cari jalan keluar iaitu tempat mula2 Grab turunkan aku di pintu utama. Kaki aku mula sakit dan kebas terpaksa aku berpaut pada tiang atau bangku. Peluh aku kesat ngn sapu tangan dah basah lencun siap boleh perah lagi. Aku berpeluh-peluh  dalam suasana sejuk dalam pavalion. Perut dah mula lapar dan terketar aku sbb last makan pagi dalam ETS. Aku heret kakiku mencari pintu keluar sehingga sampai ke restauran Nandos. 

(Gambar ambik dari google)

Aku tekad masuk cari meja untuk 2 orang pastu order makan ayam panggang, roti bakar n sup dan sayur campur. Air jus oren berapa kali dah aku refill secara percuma.. Aku tengah makan separuh.. Aku pergi refill air lagi. Bila sampai meja aku.. Tgk2 staf dah kemas pinggan aku.. Aku tegur kata aku belum habis mkan lagi.. Ahh.. Sudah.. Gamak betui staf Nandos layan aku mcm tuh.Dia minta maaf sbb ingat aku dah selesai makan. Aku terdiam dan duduk di meja itu lalu sambung makan apa yg tinggal.

(Gambar ambik dari google)

(Gambar ambik dari google)

Selepas makan malam adalah sedikit kekuatan. Aku pun berjalan mencari jalan keluar dalam gedung yg bertingkat. Mencari arah Exit aku mengatur langkah perlahan. Setiap 20.meter aku akan berhenti. Penyesalan dah mula berakar di hati.. Jalan keluar masih tak jumpa. Dari tingkat atas ke tingkat bawah. Akhirnya aku dah tak mampu berjalan dengan berpeluh dengan banyaknya aku mencari tempat duduk berdekatan kedai Rotiboy bagi hilangkan rasa kebas. Setiap saat mengelap peluh  di dahi yang tak mau berhenti mengalir.

(Gambar ambik dari google)

Gerombolan manusia yg lalu lalang yang bukan sebangsa memandang aku semacam atau tak menghiraukan
  aku berada di situ. Aku dah pasrah nak balik hotel tetapi tak jumpa pintu keluar. Tiba tiba aku Nampak seorang perempuan melayu mcm staf Pavalion lalu depan aku. Aku terus tegur meminta arah yang betul untuk keluar Pavalion.. Dia simpati melihat aku tak henti mengesat peluh dan memberi panduan arah yang betul. Dia panggil aku pakcik.. Tak palah pakcik pun pakcik lah asalkan aku dapat balik hotel.

Selepas perempuan tuh berlalu pergi, aku terus naik escalator ke tingkat 3 kalo tak silap  terus maju dan belok kanan sehingga jumpa pintu keluar. Aku berjaya keluar dan terus order Grab balik ke hotel.. Ada cerita di sebalik Grab aku malas nk cerita.. Dugaan banyak betui aku lalui dalam satu hari. Selamat sampai hotel aku rasa lega sangat. Sambil duduk atas katil aku mula picit pinggang yang sakit dan kaki yang kebas. 


25 September 2024 - Aku terus check out hotel jam 7.30 pagi dan nekad cari kedai 7E berdekatan hotel. Rupanya kedai 7E memang depan mata sebenarnya tapi aku tak perasan. Masuk kedai 7E aku beli roti dan air tin sebagai sarapan pagi  sbb temujanji aku jam 8 pagi. Aku order Grab depan kedai 7E dan sampai ke Ikonik tepat jam 8 pagi.

(Gambar ambik dari google)

 Aku ke kaunter kata ada temujanji sambung pemeriksaan Sirius. Staf senior menyambut kedatangan aku dan membuat pemeriksaan sekali lagi dan akhirnya result sama macam semalam mata sihat utk buat flapless dengan harga promosi RM 5000. Aku diminta menunggu di ruang menunggu bersama pesakit yang lain yang akan menjalani rawatan flapless. Ada sesi penerangan sebelum dan selepas flapless oleh staf.setiap pesakit diberi satu plastic berisi Panadol dan 3 ubat titis dan pedakap mata. Aku diminta telan ubat panadol yg dibekalkan sebelum buat rawatan flapless.. Ada staf tanya aku nk buat video interview tak lepas rawatan. Aku jawab tidak sbb aku malu dan tak mau orang tahu. Tapi aku tgk ramai je datang bersama peneman bagi memudahkan urusan balik ke rumah. Nama aku dipanggil untuk giliran seterusnya. Aku dipakai pakaian plastik mcm kena covid pun ada.



Jam 10.15 pagi aku dibawa bilik pembedahan.. Aku dibaringkan dan diminta selawat ke atas nabi dan diminta fokus pada cahaya hijau. Laser pada mata dimulakan dan bau hangit mula menusuk hidung.. 26 saat berlalu.. Siap sebelah mata. Lagi 26 saat siap mata sebelah kiri. Doktor titis ubat dan mataku ditutupi ngan contact lens untuk selama 5 hari. Aku mula dapat melihat jelas berbanding sebelum ini dan selepas laser penglihatan aku pulih 85% dan akan pulih sepenuhnya dalam masa 3 bulan. Aku diminta pakai spek hitam dan diberi tarikh temujanji selepas 5 hari dan diberikan MC seminggu.

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku lepas buat laser mata flapless. 


sambung PART Akhir

No comments:

Post a Comment