ABC paling sedap di alor setar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cuti sekolah ni balik kampung memang seronok terutama anak-anak.Bila balik kampung di alor Setar ini secara automatik lidah pun tiba-tiba nak makan macam-macam.Salah satunya ABC iaitu ais batu campur.Kat mana ABC yang paling sedap di alor setar?
Aku pun google kat handphone memandangkan orang rumah teringin nak makan abc.

Salah satu tempat yang menjadi tumpuan aku adalah Brida Snow Ice di Amigo Cafe, Alor Setar.Amigo Cafe, Sebelah Kompleks Kastam, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai Alor Setar.Tengok gambar abc memang teruja tengok.Kami pun bergerak selepas magrib menuju ke Amigo Cafe.

Mula-mula sampai orang dah penuh meja. Terpaksa menunggu plak untuk meja kosong.Dapatlah meja bulat untuk 7 orang sampai terpaksa berhimpit-himpt. Rasanya tokey Amigo Cafe patut tambah khemah. 

Dekat Amigo Cafe ni gerai-gerai kecik seperti Brida Snow Ice,char kuey teow udang,Nasi goreng dan daging bakar.Aku order 3 pinggan char kuey teow udang, abc,nasi goreng biasa dan nasi goreng paprik.Air minuman pulak teh ais dan air kosong.



Kesimpulannya,harga berpatutan.Harga char kuey teow RM 5 sepinggan dan memang murah.ABC memang terbaik harga setiap satu RM 8.Nasi goreng pun sedap-sedap belaka.

No comments:

Post a Comment