cara tuntut balik duit jika ditipu peniaga online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Urusniaga atas talian memudahkan kita mendapatkan barang tanpa kelaur rumah.Namun begitu, kita sering mendengar rungutan para pembeli online business yg ditipu oleh peniaga online business yg tidak bertanggungjawab. Mereka menawarkan harga barangan yg begitu murah dan menarik sehingga menyebabkan ramai pembeli yg terpedaya.


Namun setelah pembeli memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun bank mereka, penjual ini terus mendiamkan diri dan tidak menghantar barangan yg dijual seperti yg telah dijanjikan. Lebih memburukkan keadaan apabila si penjual tidak menjawab panggilan telefon, tidak reply text yg dihantar dan terus block si pembeli yg telah tertipu ini drp facebook nya.

Bagi pembeli yg telah tertipu dgn mana-mana peniaga online business, berikut adalah langkah-langkah yg boleh anda lakukan:


Sila hubungi penjual online & buat aduan dahulu. Jika tiada tindak balas sila buat aduan pd pihak berkuasa spt polis, KPDNKK, TTPM, & NCCC.


*pastikan wang ada benar2 telah dipindahkan drp akaun anda kpd akaun peniaga online business tersebut. Sekiranya didapati yg tiada pembayaran drp pihak pembeli kpd akaun bank penjual, si penjual boleh menyaman malu si pembeli atas tuduhan tidak berasas tersebut. (tersalah tuduh, tak pasal2 si pembeli kena sue pulak).


Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tribunal Pengguna mempunyai cawangan di setiap negeri. Anda boleh semak di sini http://ttpm.kpdnkk.gov.my/


Cara-cara untuk membuat laporan di Tribunal Tuntutan Pengguna adalah seperti berikut:


1- Pergi ke cawangan Tribunal Pengguna yang berdekatan.

2- Buka fail dengan bayaran RM5.

3- Pastikan anda membawa sekali bukti pembayaran/bank statement, alamat peniaga online business itu dan segala maklumat mengenainya.

4- Kes akan dibawa ke mahkamah tribunal tuntutan pengguna. Sekiranya didapati bersalah, peniaga tersebut akan di arahkan oleh mahkamah untuk membuat pembayaran balik kepada anda.



sumber asal

No comments:

Post a Comment