Kehebatan Shila Amzah nyanyi lagu Korea,Beautiful - 크러쉬 CRUSH - GOBLIN OST

Jejaka Korean terpukau kehebatan Shila Amzah nyanyi lagu Beautiful - 크러쉬 CRUSH - GOBLIN OST. Tidak dinafikan bakat yang dimiliki penyanyi kelahiran Malaysia, Shila Amzah.Pemilik nama penuh Nurshahila binti Amir Amzah ini mula mencipta kerjaya di persada seni tanah air namun melebarkan sayapnya sehingga ke persada antarabangsa.


Shila berhijrah ke China pada tahun 2012 untuk mengembangkan bakatnya. Beliau terpilih untuk menyertai pertandingan nyanyian anjuran sebuah stesen televisyen di Hunan.Namun tahukah anda bahawa selain Shila Amzah nyanyi bahasa Mandarin dan Inggeris,beliau juga turut berjinak-jinak menyanyi dalam bahasa Korea kerana meminatinya.


Walaupun beliau tidak fasih langsung berbahasa Korea tetapi Shila amzah mampu menyanyikan lagu Korea dengan baik.Salah satu lagu cover Korea Shila Amzah telah mendapat reaksi luar biasa dari jejaka Korea yang menilai cara nyanyian Shila Amzah dengan lagu bertajuk Beautiful - 크러쉬 CRUSH - GOBLIN OST. 

Sesuatu yang mengejutkan apabila jejaka Korea ini mendakwa Shila Amzah memang fasih bahasa Korea berdasarkan sebutan dalam nyanyian lagu tersebut.Agak membanggakan apabila mereka memuji kecantikan penyanyi berbakar besar ini. 



No comments:

Post a Comment