Proses menukar hak milik geran motorsikal terkini tahun 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah tak anda menukar hak milik geran kenderaan? Apa yang admin maklum,menukar hak milik geran kenderaan motosikal agak mudah berbanding kereta kerana melibatkan pemeriksaan PUSPAKOM dahulu sebelum proses tukar hak milik geran dilakukan di JPJ.


Admin ingin berkongsi pengalaman cara proses menukar hak milik geran motorsikal di JPJ baru-baru ini.Admin sebelum ini ada motosikal modenas GT 128 yang dibeli tahun 2011 dan telah menjual kepada saudara admin pada tahun 2016 kerana beliau memerlukan kenderaan untuk ulang alik dari tempat kerja.

Memandangkan insurans dan roadtax admin baru sahaja renew jadi rugi kalau admin meneruskan tukar hak milik. Jadi terpaksalah admin tunggu hingga roadtax tamat pada April 2017 barulah buat proses menukar hak milik geran motorsikal di JPJ.

Prosesnya memang mudah.Tak perlu salinan fotokopi kad pengenalan pun.Yang penting pemilik dan pembeli motosikal kena ada bersama semasa proses menukar hak milik geran motorsikal di JPJ dan juga geran mesti dibawa bersama.



Bila sampai di JPJ,admin minta borang tukar hak milik di kaunter.Boragn itu admin isi maklumat pemilik dan tantangan dan maklumat pembeli dan tandatangan.So admin tunggu nom giliran untuk proses seterusnya.




Di kaunter,kerani meminta kad pengenalan masing dan melakukan proses cop jari biometrik.Selesai cop jari dan bayar RM 3 dan sijil geran baru akan dikeluarkan.


VOC adalah sijil pemilikan kenderaan  terbaru JPJ mengantikan yang lama



No comments:

Post a Comment