Hati-hati menerima panggilan nombor 03 2059 1888 (Scammers)

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera.

Admin nak post pasal satu nombor telefon yang semakin tular di alam maya iaitu 03 2059 1888. Walaupun setakat ini admin belum lagi menerima panggilan dari nombor berkenaan namun admin khuatir ramai akan menjadi mangsa sekiranya tiada tindakan untuk alert kepada mereka tentang Scammers ini.Admin bimbang golongan veteran atau mangsa yang mudah panik akan menjadi mangsa mereka.


Si pemanggil mendakwa dari Pusat Khidmat Pelanggan Maybank dan menyatakan bahawa anda sudah tertunggak bayaran ansurans 3 bulan bagi pinjaman peribadi dan talian anda disambungkan ke IPK Polis.

Ayat pemanggil adalah seperti di bawah namun mereka akan tukar taktik ayat apabila rahsia mereka mula terbongkar.

"Ini adalah panggilan peringatan dari Pusat Khidmat Pelanggan Maybank mengenai tunggakan pinjaman peribadi anda berjumlah RM 2,900. SIla tekan 9 untuk bercakap dengan operator pelanggan kami"



Anda boleh semak dalam website ini mereka yang pernah menerima panggilan penipu ini. 

http://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0320591888/2 



Sila sebarkan nombor ini kepada kenalan anda bagi mengelakkan mereka tertipu dan ditipu.

No comments:

Post a Comment