Pengalaman bermalam di HNM Hotel Pengkalan Hulu,Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali admin nak berkongsi pengalaman menginap di Hotel HNM Pengkalan Hulu Perak.Pada 18/3/2017 admin menghadiri kenduri sepupu
sebelah isteri di Pengkalan Hulu.


Kenduri sepupu pada 19/3/2017 dan kami satu family seramai 6 orang (2 dewasa 4 kanak-kanak) diberikan penginapan oleh mak saudara di hotel berdekatan memandangkan homestay penuh maklumlah musim cuti sekolah sekarang ini.

Admin dan family mula check in hotel jam 12.00 tengah malam setelah selesai persiapan kenduri kendara untuk kesokkan harinya.Jarak rumah kenduri dengan hotel dalam 1 kilometer jaraknya.Kereta admin parking bersebelahan hotel.
 


Sebenarnya admin tak berhajat nak buat post ini memandangkan admin tak ambil gambar sekitar hotel.Namun admin ada google di internet dan gambar yang admin masukkan dalam post ini adalah berkaitan.

Hotel ini kalau tak salah admin 2 tingkat.Admin diberikan bilik standart room oleh pihak kenduri. dengan harga yang dibayar RM 95 semalam.Admin diberikan bilik bernombor 205.Semasa di kaunter, admin dissambut oleh staf hotel dengan senyum dan diberikan satu bag yang mengandungi kunci hotel,remote ekon,remote tv,remote astro dan juga password WIFI hotel.

Admin terpaksa menaiki tangga untuk ke bilik. Ruang bilik agak sempit namun masih selesa jika anda berniat hanya untuk tidur bermalam.Ruang untuk solat pun selesa dengan penunjuk arah kiblat.Keadaan bilik bersih dan kain cadar,selimut,tuala masih berbau harum lagi.



Bilik ini tiada almari namun dibekalkan tempat penyangkut baju terbuka dengan 2-4 penyangkut.TV dan astro Njoi disediakan.Minuman 2+1 Nescafe juga disediakan.Bilik air agak kecil namun lengkap dengan mandian hujan dan syampoo dan mandian badan.Secara keseluruhan  admin selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hotel.

Kedudukan hotel ini amat strategik sekali iaitu berdekatan dengan kedai 7 Eleven dan juga Maybank.kedai makan juga ada berhampiran hotel.Jika anda ke Pengkalan Hulu Perak,admin syurkan hotel ini untuk anda.

No comments:

Post a Comment