Sedap sungguhkah KFC Cheezy Onion Crunch? Jom dengar ulasan ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak akhir ini KFC tayang iklan menu terbarunya.Pada admin kalau KFC keluar menu baru memang admin tak akan lepas peluang untuk mencuba.Biasalah zaman dulu-dulu ayam KFC jadi makanan kegemaran admin sehinggalah sekarang.Tapi sejak berumur ini selera dah kurang pada ayam.Hehehehe..


Ok berbalik pada cerita KFC Cheezy Onion Crunch,baru-baru ni adamin berkesempatan makan di KFC kuala Kangsar bersama family admin.Dengan menu pesanan yang berbeza dan boleh dikatakan kos makan di KFC dalam RM 64 jugalah tapi bukan duit admin ye..hehehe duit isteri admin sebab dia cakap nak belanja..untung jual kek katanya.Alhamdulillah...syukur kegembiraan di kongsi bersama.

Apa yang family admin order..set ayam Cheezy Onion Crunch, set ayam dengan nasi, super combo box dan sambal rice box. Sebenarnya sedap sangatkah set ayam Cheezy Onion Crunch ni? Hmmm..pendapat admin secara jujurnya biasa saja rasanya.Keinginan untuk ulang nak makan lagi set ini tiada langsung.Sos cheesezy onion mungkin menjejaskan selera admin.Dengan rasa masam dan bau bawang membantut selera admin.Kalau KFC bagi sos cheezy lagi baik.Apa pun gambaran iklan di TV tak sama dalam reality.Sos cheezy alahai bekas kecik ja tak padan langsung.Gimik iklan saja yang lebih.

Kesimpulannya,menu baru KFC Cheezy Onion Crunch ini,  bagi skala bintang 1-5 namun admin bagi 2.5 bintang sahaja. KFC perlu cipta lagi menu yang lebih baik..paling kurang pun wujudkan lah bubur ayam KFC...Marrybrown pun ada bubur,MC Donald pun ada bubur  tetapi masing -masing dari rasa bubur jauh berbeza.Tahukah bubur adalah satu menu yang menjadi tarikan utama untuk pelanggan ke kedai fastfood bagi family yang ada anak kecil.So KFC cepat-cepatlah wujud bubur KFC.Hehehehe



No comments:

Post a Comment