Baru-baru ini kereta admin mengalami kejadian overheat.Ketika itu admin dalam perjalan ke pekan di mana secara tiba-tiba ekon tak sejuk.Admin berhentikan kereta dan buka bonet depan dan mendapati air spare tank kering.Lalu admin tuang air mineral dalam spare tank bagi penuh.Ingatkan benda ini selesai masalah
.
Tak sampai 5 kilometer pemanduan kereta admin rasa lain macam.Admin boleh dengar air mengelegak dekat bonet depan.Aduh...masalah besar ini.Admin lajak juga cari begkel terdekat.Jumpa pomen cina dia cakap overheat.Pomen cina nih dia bagi sejuk enjin dahulu..baru dia buka radiator berkarat katanya sebab tuh boleh jadi overheat.Dia suruh balik cari servis radiator untuk cuci bahan karat dalammnya.
Admin berjaya sampai ke rumah dengan selamat.Keesokannya admin hidupkan enjin dan bawa ke bengkel untuk cuci radiator.Jumpa juga pomen dia cakap aka kebocoran pada radiator dan pilihan terbaik adalah tukar yang baru.Dalam masa yang sama tiba-tiba ada kebocoran di bahagian bawah enjin didapati waterpump bocor.Kesimpulannya,admin tukar radiator dan waterpump baru.Harga sekali upah RM 380.
Kesimpulannya,karat dalam radiator antara satu penyebab jadinya overheat.Selain itu,waterpump yang nak kong juga antara penyebab overheat.So anda perlu peka tentang hal ini.Tips yang anda perlu tahu adalah:-
1. Kebocoran system penyejuk.
Perkara biasa yang berlaku. Jadi sebulan sekali tu rajin-rajinlah bukak bonet kereta dan periksa air radiator tu. Bukan air tu saja nak cek, elokla cek sekali paras minyak enjin ke, minyak brek ke, air bateri ke, air wiper. Jadikan kebiasaan. Kalau sebulan sekali anda kene tambah air atau coolant dalam tangki simpanan air radiator anda, dah ade kebocoran kecil la tu, biasanya air takkan hilang tanpa sebab walaupun 3 bulan tak isi. Tapi baca betul-betul paras FULL tangki tu, kalau isi penuh-penuh sangat pun, air yang melebihi takat penuh tangki tu akan keluar sendiri dan takat yang perlu je ada dalam tangki tu sampailah berbulan-bulan kalau tak bocor.
Jadi kalau bocor biasa kat mana yang bocor?
a) Water pump
Pam air yang mengalirkan cecair penyejuk ke seluruh enjin. Biasanya kalau tukar timing belt tu anda akan disaran menukar pam air tu sekali kerana jangka hayatnya pun lebih kurang 100,000km, timing belt 80,000km. Jadi alang-alang tukar jela, nak kurang la kos pemasangan. Pam yang rosak tak mampu mengalirkan air ke seluruh enjin atau keborocan pam akibat pengaratan menyebabkan pam air perlu ditukar.
b) Hos radiator
Hos atau saluran bocor atau sambungannya bocor kat mana-mana. Kos baiki ni agak rendah tapi eloklah flush sekali radiator anda tu.
c) Radiator atau casing radiator
Radiator tu sendiri boleh bocor, atau penyambungan radiator tu bocor akibat pengaratan. Radiator boleh dikimpal kembali atau terus menukarnya. Casing atau penutup radiator bahagian atas juga selalu retak atau bocor, Kos ni pun tak terlalu mahal tapi mampu mencecah seratus atau dua ratus ringgit untuk kereta biasa.
Sekian.
No comments:
Post a Comment