Baru-baru ini kecoh dalam wassap salah satu group admin yang Pokemon Go sudah boleh dimuat turun di Malaysia.Apa lagi admin terus ambil peluang install dalam handphone ketika on the way bercuti di teluk Senangin baru-baru ini.
Memang pada awalnya memang admin tak tahu sangat cara bermain tetapi lama kelamaan admin dapat memahami cara pemainannya.
Yang pasti kalau nak main Pokemon Go ini kena ada backup powerband.Admin untung pada ketika itu admin menaiki kereta sebagai penumpang.So berpeluanglah admin untuk menangkap pokemon sepanjang perjalanan menuju ke Teluk Senangin.
Di Lumut memang banyak tempat pokemonstop dan tempat battle bagi pokemon.
Contoh Pokemonstop |
Di sini kalau jumpa kita boleh dapat item percuma seperti pokemon ball, potion dan lain-lain.
Inilah jumlah pokemon yang admin dapat kumpulkan sepanjang masa bercuti di Teluk Senangin.Kebanyakkan pokemon yang admin dapat kebanyakkannya jenis spesis laut.Maklumlah duduk di tepi laut kan.hahahaha.
Adakah game pokemon go ini menyeronokkan? Ya bagi admin.memang seronok bagi yang mula-mula main maklumkan satu dunia tengah 'boom' dengan game ini.Yang tak syoknya kena bergerak mencari pokemon.Leceh sangat.Itu yang jadi malas balik,Hahahaha.Bagi anda yang suka pengembaraan oklah kot dengan game ini.Admin lebih suka bermain game Clash Royale berbanding Pokemon Go.Tak perlu keluar peluh.Ngeeeee....
Inilah satu contoh pokemon yang berjaya ditangkap oleh admin ketika admin bercuti di teluk Senangin baru-baru ini.
Kesimpulannya,game ini kalau nak main pastikan anda berjalan kaki (naik kenderaan sambil on Pokemon Go adalah dilarang keras bahaya woo!!! ) dan sentiasa alert dengan keadaan sekeliling mana tahu pokemon muncul secara tiba-tiba.Jangan sesekali menceroboh tempat orang tanpa kebenaran semata-mata nak tangkap pokemon.Berkenaan dengan pengharaman game ini kepada umat Islam di Malaysia,admin mengambil langkah pro aktif ke atas nasihat mufti itu.
No comments:
Post a Comment