Pewangi kereta jenis gantung punca cermin depan kereta retak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini admin nak berkongsi pengalaman pakai pewangi kereta yang jenis gantung.Nampaknya nasib tidak menyebelahi admin.Waktu admin balik raya tempohari admin tak perasan ada retakan pada cermin depan kereta.maklumlah bila balik raya ni highway jem teruk dengan sikap pemandu yang suka cilok mencilok.Jadi fungsi breklah yang menjadi kunci utama mengelakkan kemalangan.



Selepas balik raya admin terkejut melihat keretakan pada cermin depan.Haishh..dahlah cermin tak cover insurans pon.kalau mau ganti dalam 450-600 jugalah cermin baru bagi 2 layer punya.Tetapi admin pelik rasanya sepanjang balik raya hari tuh tiada pun batu melantun kena cermin depan.Siasat punya siasatan barulah tahu bahawa keretakkan ini berpunca oleh botol perfume kereta.Memang tak nafikan sewaktu balik raya memang ada admin brek mengejut.Kemungkinan botol perfume kereta terhayun dengan kuat ke arah cermin.kalau sekali rasanya tak mungkin retak.Tapi kalau sudah banayak kali.hmmm..bila dapat tahu puncanya terus admin tanggal terus perfume tu.menyesal plak pakai yang jenis gantung.

Nampaknya kena bawa kereta jumpa Dr Cerminlah jawabnya...

1 comment:

  1. Anonymous6:08 PM

    Saya pun pernah kena macam ni, Dr. Cermin akan plaster retak tu dan Charge dalam RM180.00 saja.

    ReplyDelete