Bagaimana si suami belanjakan wang Bantuan Khas RM500 sempena persiapan raya Aidil Fitri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini yang melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

Sebagai ketua keluarga penjawat awam, bantuan khas RM 500 yang diberikan oleh kerajaan akan digunakan sebaik-baiknya untuk persiapan hari raya.Oleh itu mari kita lihat perkara-perkara yang BIASA dibelanjakan menggunakan RM 500 tersebut.

 1. Baju raya untuk isteri - RM 100

Kebiasaanya duit peruntukkan baju raya untuk isteri adalah wajib di mana paling kurang sepasang baju kurung,sehelai tudung dan sepasang kasut.Biasanya si suami belanja RM 100 untuk si isteri bagi membeli barang keperluannya.Walaupun dilihat macam tidak mencukupi tetapi hakikatnya si isteri kena terimalah seadanya.

2. Baju Raya anak-anak (contoh 3 org anak bawah 12 tahun ) - RM 200

Kemudian si suami melihat keperluan baju raya anak-anak.Mempunyai anak-anak kira-kira 3 orang kebiasannya.Jumlah yang dibelanjakan dalam RM 200 sama ada beli baju melayu ataupun pakaian kasual.Anggaran kos sekepala dalam RM 65.00.Walaupun dilihat macam tidak mencukupi tetapi hakikatnya anak-anak kena terimalah seadanya kemampuan ayahnya itu. 

3.  Duit raya - RM 100

Adalah satu kemestian duit raya juga diperuntukkan bagi sanak saudara yang datang ke rumah bila berhari raya nanti.Dengan duit raya RM 1 seorang dilihat cukup untuk menampung 100 orang kanak-kanak.Duit raya 50 sen masih ada lagi mungkin di kampung tetapi kalau di bandar RM 1 pun dikira low class oleh kanak-kanak masa kini.Sabo je lah.

4. Kuih raya/Hidangan raya - RM 100

Takkan meriah hari raya kalau kuih raya tiada disajikan.Paling tidak kuih samperit,maruku,kekacang,ketupat,lemang dan sebagainya.Hidangan hari raya pertama biasanya perlu bagi mengimbangi kuih raya yang tidak banyak.Biasanya menu paling popular adalah laksa dan bihun sup.Dengan budget yang ada itulah diharapkan dapat menu seadanya di hari raya nanti.


Kesimpulannya, mungkin cara belanja yang admin tunjuk di atas mungkin tidak sama dengan semua orang namun pada hemat admin itulah antara perkara-perkara yang bermain di fikiran si suami bila berhadapan dengan persiapan raya terutama yang mempunyai isteri surirumah sepenuh masa.Sekian.

No comments:

Post a Comment