Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya memang enak didengar dan disebutkan tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang berarti ‘bersetubuh’. Jadi hindarilah memberi nama anak dengan nama-nama tersebut.
Satu pandangan Ustaz Sharhan iaitu pengamal perubatan Islam di Malaysia, memaklumkan lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat dengan beliau yang sering kali terkena penyakit misteri adalah bernama seperti nama di bawah ini. Berikut nama-nama yang sering digunakan yang ternyata merupakan nama-nama yang digunakan di kalangan kaum Jin:
1. Zaqwan/Zaquan
2. Qistina/Kistina
3. Balqis
4. Najwa
5. Haikal/Haiqal
6. Badrisha/Badlisha/Herisha
Dalam satu ceramah Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan bahawa memang tidak ada dalam Al-Quran nama -nama tersebut, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) beliau lebih tahu kerana beliau adalah orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.
Walaubagaimanapun ramai masyarakat moden masakini seolah-olah tidak percaya dakwaan ini malah mempertikai dakwaan ini kerana tiada disebut dalam Al-Quran dan Hadis tentang nama-nama anak jin tersebut malah ada yang mempertikai kreabiliti Ustaz Sharhan ini.
Namun bagi admin, pandangan beliau selaku pengamal perubatan islam adalah satu pandangan yang jujur. Sekiranya ada pemilik nama-nama dia atas tidak mengalami masalah penyakit misteri semasa menjalani kehidupannya maka syukur alhamdulillah maka teruskanlah kehidupan dengan nama tersebut.Namun sebaliknya jika ada bayi/kanak-kanak yang diberikan nama seperti di atas menunjukkan tanda-tanda misteri maka sewajarnya mendapatkan rawatan islam.
Kesimpulannya adalah tidak salah jika anda bertekad juga hendak menamakan anak-anak anda dengan nama-nama di atas keranai adalah tidak wajib percaya nama seperti di atas tidak baik, namun tak salah jika kita mengambil kira pandangan seorang pangamal perubatan Islam kerana mereka
lebih tahu berkaitan dengan penyakit misteri. – Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment