Tire Pressure Monitoring :pantau tekanan angin tayar automatik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lepas ini anda tak perlu risau status angin tayar kereta anda sama ada cukup angin atau tidak kerana ada alat khas dicipta untuk memantau angin tayar kereta anda setiap masa.Selalunya segelintir wanita cukup takut nak pam angin tayar di stesen minyak malah mengabai aspek penting dalam keselamatan pemanduan kereta.


Suatu kebiasaaan kita jarang menyemak tekanan angin sama ada mencukupi atau tidak sebelum memandu.Kesan kekurangan angin akan menyebabkan kehausan pada permukaan sisi tayar. Dalam tempoh yang lebih lama, ia pasti menyebabkan kerosakan lebih teruk hingga terpaksa digantikan dengan tayar baru.

Bagi sesiapa yang malas nak check angin tayar dalam keadaan seimbang selok-eloknya patut ada alat ini.Ianya dikenali Tire Pressure Monitoring.Berfungsi sebagai alat pemantau bagi status angin tayar kereta anda.



Cukup mudah pemasangannya,hanya pasang seperti gambar diatas menggantikan penutup tiub tayar anda.Sekiranya angin tayar anda seimbang maka warna hijau akan kelihatan dan jika angin tayar anda kurang  maka warna merah akan muncul.Anda hanya perlu tambah angin tanya sehingga warna merah bertukar menjadi hijau.

Setakat ini admin puas hati fungsi alat ini kerana memudahkan admin memantau keadaan angin tayar. Alat ini berharga tidak sampai RM 20 bagi 4 unit.Mungkin kelemahannya ianya mudah dicuri orang sama seperti nut tiub keluli yang seringkali menjadi tumpuan terutama budak-budak bikers.Anda boleh dapat beli set pemantau angin tayar ini di lelong.com.my dan lazada.com.my.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment