Cara buang virus malware program Tencent QQ dari komputer anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini admin ingin berkongsi dengan masalah yang admin hadapi iaitu berkaintan malware komputer.Baru-baru ini admin tersedar komputer admin terinstall satu software seakan fungsinya sistem utiliti versi bahasa china.


Admin dah cuba beberapa kali untuk uninstall namun tidak berjaya.Ia nya seolah-olah ada kembali walaupun admin sudah buang dari sistem.Program Tencent QQ adalah merbahaya kerana jika komputer yang mempunyai talian internet dan selalu digunakan untuk transaksi online banking,password akaun dan sebagainya

Yang mencemaskan admin apabila admin menyambungkan kepada smartphone admin secara tiba-tiba smartphone admin terinstall satu aplikasi china.Namun gitu admin berjaya membuangnya dari sistem smartphone.Melihat perkara ini,admin perlu ambil tindakan pantas sebelum program virus china ini menjahanamkan komputer admin dan mencuri maklumat penting dalam komputer.

Setakat ini antivirus Avast tak mengesannya sebagai ancaman.Jadi admin perlu satu program malware yang mampu membersihkan komputer admin.Admin google internet dan menemui software ini yang berkesan menbuang virus tencent QQ tanpa perlu membeli full version jika menggunkan fungsi sepenuhnya.  Yang terbaik setakat ini adalah software Unhack Me.




Admin lancarkan program itu pada Safe Mode dan mula membuat pembersihan.Setelah selesai komputer admin bebas dari malware tencent QQ. Alhamdulillah mujur software Unhack Me.

Selamat mencuba.



1 comment:

  1. I have used Kaspersky protection for many years now, and I would recommend this Anti virus to everyone.

    ReplyDelete