Temujanji dengan Prof.Nizar Abd Jalil Pakar Bius dan Kesakitan Kronik bagi Masalah sakit bahu, pinggang, belikat dan belakang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada Disember 2014 admin mengalami kesakitan di leher menyebabkan sukar untuk menoleh ke kiri dan kanan.Kesakitan ini berlanjutan sehingga hari ini.Selain menelan ubat sakit urat dan ubatan tradisional di mana ianya memberi kelegaan sementara waktu sahaja hingga menyebabkan saya terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan ini.Namun sejak kebelakangan ini  kesakitan yang dialami merebak ke sendi bahu malah tangan kanan saya.


Tangan admin menjadi  sukar untuk diluruskan dan mengalami kesakitan.Selain itu juga, jari jemari menjadi keras dan sakit untuk mengenggam dan sukar mengangkat benda berat. Masalah makin bertambah teruk apabila admin mengalami masalah sakit lutut sehingga sukar untuk naik tangga dan melakukan aktiviti seperti solat dengan sempuna.Sekiranya admin berjalan dalam masa yang lama,kaki saya akan menjadi kebas.

Admin  telah mendapatkan rawatan Pakar Ortopedik di KPJ Ipoh dan ditempatkan di wad selama 2 malam dan diagnosis Lumbar Spinal Stensosis  Dan Early Cervical Spondylosis  dan diberi  ubat suntikan penahan sakit dan ubat Methcobal, Neurontin,Mynonal dan sesi phsioterapi.Selepas keluar dari wad saya dibekalkan ubat Methcobal,Neurontin,Mynonal sehingga sesi temujanji seterusnya pada pada penghujung bulan Februari 2016.Namun kesakitan yang saya alami masih tidak berubah selepas keluar dari wad.Pernah dimaklumkan bahawa admin perlu menjalani pembedahan sekiranya semakin kronik.



Admin ada juga google untuk cari penyelesaian bagi kesakitan yang dialami sehinggalah admin terbaca blog Dr Nizar dan rawatan yang dilakukannya.Tanpa lengah admin hantar whatsapp dan meminta pandangannya tentang masalah admin ini.Alhamdulilah Dr Nizar membalas whatsapp admin dan menyarankan satu temujanji dengan di KPJ Kota Bharu.Apa yang pasti Dr Nizar menyaran satu suntikan kepada admin.


Dr Nizar mencadangkan kaedah Radiofrequency Intradiscal (IDRFDD) atau kaedah Nucleoplasty yang dapat mengecutkan cakera hanya dengan suntikan. Kaedah ini menggunakan haba daripada elektrik radiofrequency untuk mengecutkan cakera yang tersembul keluar. Suntikan dilakukan dalam bilik bedah dengan kawalan X-ray yang pastinya selamat dan tepat.

Tiada pembedahan dilakukan dan risikonya amat rendah jika dibandingkan dengan kaedah pembedahan. Kesan sampingan yang boleh berlaku ialah perdarahan, jangkitan kuman dan kecederaan pada akar saraf jika prosedur ini dilakukan oleh doktor yang kurang mahir.Kejayaannya menghampiri 80 peratus dengan kelegaan sakit pada skala 80 hingga 100 peratus.

Malah berdasarkan pengalaman Dr Nizar, hanya kurang daripada 10 peratus pesakit datang kembali dengan sakit yang sama. Kelegaan besar daripada sakit akan dinikmati sehari selepas rawatan. Penyakit lumbar facet syndrome juga boleh dirawat dengan kaedah rawatan radiofrequency, di mana suntikan dibuat bertujuan untuk 'membius' saraf sendi faset dan hasilnya, sendi tidak akan terasa sakit lagi apabila bergerak.

Biasanya Dr Nizar melakukan kedua-dua rawatan ini secara serentak sekiranya pesakit mengalami kedua-dua penyakit. Apa yang pasti, anda pasti kagum apabila boleh bergerak bebas dan duduk lama tanpa rasa sakit lagi keesokan harinya setelah dirawat.

Artikel diatas dipetik dari soal jawab Dr Nizar dengan pembaca Sinar Harian pada 21 Mac 2012. 

Adalah diharapkan nanti temujanji ini akan memberi sinar harapan kepada admin untuk pulih seperti sedia kala.Insyaallah.

3 comments:

  1. Salam...boleh saya tahu keputusanya sekarang?tuan sudah betul2 pulih?saya juga sedang sakit yang sama...ingin tahu pengalaman tuan semasa Dan selepas rawatan.terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam...boleh saya tahu keputusanya sekarang?tuan sudah betul2 pulih?saya juga sedang sakit yang sama...ingin tahu pengalaman tuan semasa Dan selepas rawatan.terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam...boleh saya tahu keputusanya sekarang?tuan sudah betul2 pulih?saya juga sedang sakit yang sama...ingin tahu pengalaman tuan semasa Dan selepas rawatan.terima kasih

    ReplyDelete