Tempoh masa aktif panjang Teco Altel dan Telco Onexox Vs Free Internet High Speed 1 GB setiap bulan

Adalah kerana menjadi impian setiap pengguna handphone di Malaysia termasuk admin yang mahukan masa aktif yang panjang supaya kita sebagai pengguna tidak perlu topup/tambah nilai kredit handphone secara kerap sekiranya baki kredit masih lagi banyak.

Rata-rata pengguna handphone merungut kerana mereka terpaksa membeli tambah nilai kredit semata-mata untuk memanjangkan tempoh aktif bagi membolehkan panggilan keluar boleh digunakan.

Sekarang sudah nampak Telco di Malaysia yang berlumba-lumba menawarkan pelan yang berbaloi untuk pelanggan mereka iaitu masa aktif yang panjang.Telco Altel menawarkan masa aktif panjang contoh 365 hari manakala Telco Onexox tawarkan masa aktif lagi panjang iaitu 844 hari (28 bulan) dengan syarat mesti tambah nilai RM 50 selepas simkad diaktifkan.


Telco lain masih belum nampak lagi fokus kepada masa tempoh yang panjang dalam plan mereka.Tunggu apabila Telco-telco yang 'gah' ini mula rasa tergugat maka tunggulah plan terbaru dari mereka yang akan menyusul.Hahahaha..


Yang menjadi persoalan sekarang adakah tempoh masa aktif yang panjang masih relevan? Perbandingan di atas ada 2 telco tawar masa aktif yang panjang dan juga 2 telco yang tawarkan kuota internet kelajuan tinggi percuma setiap kali topup RM 30.

Yang mana beri kelebihan? Anda pilih yang mana?




 

No comments:

Post a Comment