Sesuatu yang lumrah apabila kita akan jumpa binatang berbisa sepertu ular,lipan ataupun serangga berbisa.Tetapi mengejutkan apabila haiwan tersebut cuba membuat sarang di dalam anggota badan manusia seperti telinga. Apatah lagi kalau binatang itu jenis berbisa dan sekiranya binatang itu mengigit dan sudah pasti ianya mengancam nyawa manusia .
Seorang wanita terkejut apabila seekor lipan masuk ke telinganya ketika dia sedang tidur dan enggan keluar.Dalam kejadian di Jiangsu itu, wanita yang namanya tidak didedahkan itu terpaksa mendapat bantuan doktor bagi mengeluarkan haiwan berbisa berkenaan selepas lipan itu terlalu selesa tinggal di dalam telinganya.
Media tempatan melaporkan doktor di Hospital Yangzhou berjaya mengeluarkan lipan berkenaan pada 17 September lalu. Klip video yang turut tersebar menunjukkan lipan berkenaan keluar seketika seolah-olah menjenguk keadaan sekeliling sebelum kembali ke ‘sarangnya’ yang selesa.
Beberapa minit kemudian, doktor menggunakan penyepit untuk mengeluarkan haiwan itu perlahan-lahan daripada telinga mangsa.Menurut laporan media, doktor terlebih dulu melemaskan lipan berkenaan menggunakan salin.Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan ringan pada telinganya.
Rakaman prosedur berkenaan menjadi viral selepas dikongsi pengguna laman media sosial. -Sumber Harian Metro
No comments:
Post a Comment