Kunyit merupakan sejenis herba semulajadi yang banyak digunakan dalam pembuatan dan penghasilan produk kesihatan. Kajian penyelidikan klinikal telah membuktikan kunyit mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan
termasuklah untuk fungsi usus dan hati bagi mengurangkan gastrik dan meningkatkan penghadaman dan dapat meningkatkan fungsi jantung, peredaran darah, menurunkan darah beku di jantung dan memberi perlindungan daripada kerosakan otak.
Selain itu,dapat menghalang pertumbuhan dan kematian sel disebabkan oleh kanser, seperti kanser usus besar, pundi kencing, prostat, nodus limfa, sel-sel darah putih, paru-paru, hati, payudara, ovari dan kanser serviks. Memberi perlindungan kepada otak dengan melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer (nyanyuk) dan juga Melawan penyakit malaria.
KHASIAT KUNYIT
- membantu proses penghadaman
- mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut
- membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah
- melancarkan peredaran darah
- menghilangkan kesan lebam
- menguatkan pundi hempedu
- menyekat pembekuan darah yang bahaya
- mengurangkan toksin hati
- membantu memetabolismakan lemak
- membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri
- mengurangkan paras kolesterol darah
- membunuh sel kanser, terutamanya kanser esofagus
- meransang sel dalam sistem imuniti
- antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan luka lebam
- merawat arthritis (sakit sendi)
- merawat asma (lelah)
- merawat jaundis (sakit kuning)
- digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan
- mengecutkan rahim dan mencuci darah
- mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal
Di Malaysia yang admin tahu hanya dua syarikat yang menjual pil kunyit ini iaitu:-
Pil kunyit Anugerah berharga RM 58.00 mengandungi 60 biji kapsul. Setakat ini admin pernah beli jenama ini dan sedang dalam menghabiskannya.Dari segi harga pada pendapat admin agak mahal.
Pil kunyit keluaran Giffarine dengan harga RM 35.00 bagi 60 biji kapsul.Harga dilihat agak berpatutan. Jika anda jadi ahli mungkin anda akan dapat lebih murah lagi.
No comments:
Post a Comment