Seorang bayi buta sebelah mata selepas rakan kepada
keluarganya yang menziarahi bayi berusia tiga bulan itu terlupa menutup 'flash' kamera ketika merakamkan gambarnya dari jarak dekat.
Menurut doktor, bayi yang tidak dinamakan itu, mengalami kerosakan kekal
akibat 'flash' kamera berkenaan yang hanya 10 inci daripada bayi
berkenaan.
Ia mengakibatkan mata kanannya buta manakala penglihatan mata kiri pula
terjejas. Kerosakan itu dikatakan kekal dan tidak boleh dirawat menerusi
pembedahan.
'Flash' kamera yang kuat itu telah merosakkan macula, iaitu bahagian dalam mata.
Macula tidak terbentuk hingga kanak-kanak berusia empat tahun, sekaligus
bermakna mata bayi amat sensitif dengan sinaran cahaya yang kuat.
Ibu bapanya hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penglihatan bayi itu sebaik sahaja gambar tersebut dirakamkan.
Setakat ini tidak diketahui sama ada keluarganya akan mengambil tindakan ke atas rakan mereka yang merakamkan gambar tersebut.
Menurut pakar, meskipun bayi akan menutup mata apabila mereka terdedah
kepada cahaya yang kuat, namun cahaya itu boleh menyebabkan kerosakan
kekal.
Ibu bapa juga sepatutnya berhati-hati ketika memandikan anak mereka memandangkan lampu dalam tandas mempunyai cahaya yang kuat.
Sumber asal

No comments:
Post a Comment