Huawei Honor 4X berharga RM582 tidak termasuk GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak mengejutkan apabila harga pada awalnya adalah RM699 dan mendapat reaksi yg bercampur campur oleh pengguna Huawei yang dikatakan agak mahal dari Redmi Note 4G walaupun spefikasi hampir sama. Namun Huawei Honor 4X   boleh didapati bermula 1 April ini pada harga terbaru RM619 termasuk cukai GST hanya untuk 3000 unit sahaja.


Dengan dua pilihan warna hitam dan putih. Bagi yang berminat, boleh mendaftar di laman vmall.my bagi mendapatkan peranti tersebut Huawei Honor 4X merupakan phablet dengan paparan sebesar 5.5 inci IPS LCD yang hadir dengan resolusi HD 720P. Ia merupakan salah satu phablet yang dilengkapi dengan sambungan internet berkelajuan tinggi 4G LTE dengan rangkaian isyarat yang lebih kuat dan stabil. Ia juga didatangkan dengan sokongan dual SIM.



Spesifikasi Huawei Honor 4X

- Dilengkapi dengan platform Android 4.4.2 (KitKat)
- Pemproses 64-bit Octa-Core Kirin 620
- Dilengkapi dengan skrin sebesar 5.5 inci, 720 x1280 pixels
- Kamera utama 13 Megapixel, LED Flash, Kamera hadapan 2 Megapixel
- Terdapat pilihan memori 8 GB dan 2 GB RAM
- Kapasiti bateri Li-Po 3000 mAh

No comments:

Post a Comment