Cara ubati puting payu dara ibu terluka bertambah teruk kerana Nipple shield

Masalah puting payu dara ibu terluka selepas menyusukan bayi bukanlah perkara luar biasa. Namun kesakitan yang ditanggung sukar digambarkan. Sebahagian besar ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi mengalami masalah ini dan ianya juga tidak terkecuali bagi ibu yang mempunyai anak kedua ,ketiga dan keempat.


Antara punca utama berlaku masalah puting luka adalah kerana kedudukan menyusukan bayi tidak betul. Posisi bayi yang tidak betul menyebabkan aerola ibu tidak masuk ke dalam mulut bayi sehingga dia hanya menghisap puting dan susu ibu tidak keluar.  Akibatnya bayi yang tidak dapat susu akan berasa marah membuatkan dia menggigit puting ibu lalu membuatkan ia luka.


Nipple shield digunakan untuk:

1. Bayi yang mengalami keliru puting dan yang menolak payudara. Gunakan nipple shield untuk merangsang semula bayi menerima penyusuan dari payudara.

2. Bayi pramatang untuk mendapatkan lekapan yang lebih stabil. Bagi kes bayi pramatang, bayi perlu mencapai berat atau umur tertentu untuk belajar menyusu dari payudara kerana ia memerlukan lebih tenaga berbanding penyusuan dari botol. Jadi bayi perlu dilatih dengan penyusuan melalui botol susu dulu.

3. Bayi yang tidak dapat melekap dengan betul selepas lahir. Namun begitu, saranan saya sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan nipple shield, ibu dapatkan dahulu bantuan penyusuan dengan cara yang betul dari kaunselor laktasi berdekatan kerana tidak semua ibu sesuai menggunakan nipple shield. Banyak kes sebenarnya ibu dapat melekap dengan baik selepas latihan, walaupun tanpa nipple shield.

4. Elakkan penggunaan nipple shield semasa menyusu jika puting mengalami luka. Dalam banyak kes yang dijumpai dalam internet, penggunaan nipple shield boleh menyebabkan luka bertambah teruk, dan boleh mengakibatkan jangkitan pada payudara.


Jika puting anda sangat pedih dan merekah atau berdarah, anda boleh sapukan minyak atau krim lanolin yang ditulenkan. Dengan cara ini, puting anda dapat sembuh tanpa membentuk kerak luka. Anda juga tidak perlu membersihkan puting daripada kesan minyak sebelum penyusuan seterusnya.

No comments:

Post a Comment