Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sejak akhir-akhir ini,admin dalam keadaan teruja menantikan Huawei melancarkan Honor 4X secara rasmi di Malaysia. Honor 4X adalah telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada Honor Huawei.
Telefon pintar ini disasarkan untuk pengguna yang inginkan telefon
pintar pada harga mampu milik. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan
64-bit tersendiri daripada Huawei, iaitu Kirin 620. Ia hadir dengan
skrin bersaiz 5.5-inci pada resolusi 720p, dan turut disertakan adalah
kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 13-megapixel.
Ia turut
dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan hadir dengan pilihan
memori sama ada 1GB RAM ataupun 2GB RAM. Honor 4X ini ditawarkan di pasaran China di mana versi 1GB ditawarkan pada harga 799 Yuan (~RM450)
sementara versi 2GB pada harga 999 Yuan (~RM563).Jika dilihat pada spesifikasi Honor 4X, ia adalah saingan rapat kepada Xiaomi Redmi Note 4G yang berharga dalam RM589 (sebelum harga GST).
Sekarang ini admin menggunakan Huawei Honor 3C sebagai handphone utama untuk kegunaan panggilan dan surfing internet. Secara amnya, saiz skrin 5 inci dilihat sudah memadai untuk surfing namun ianya agak kurang selesa berbanding menggunakan skrin saiz phablet iaitu 5.5 inci. Walaupun handphone Honor 3C admin masih lagi dalam warranty, admin melihat Honor 4X ini sesuatu yang sukar dilepaskan jika harganya di bawah RM 600.Namun GST pada April ini akan menyebabkan harganya menjadi mahal melainkan Huawei Malaysia dapat memberikan harga lebih rendah bagi memberi saingan kepada Redmi Note 4G.
Apa yang pasti, kelebihan Honor 4X mengatasi Honor 3C dari kaca mata admin adalah seperti berikut ;-
1) Saiz skrin 5.5. inci
2) Menggunakan android KitKat
3) Rear camera 13 mp (mengunakan teknologi lens sama dengan Honor 6)
4) Kedudukan speaker
Adakah dengan 4 kelebihan ini akan membuatkan admin terjebak dengan Honor 4x? Sama-sama kita saksikan pada bulan April 2015 nanti.
No comments:
Post a Comment