Tanda Biru WhatsApp bakal menimbulkan masalah kepada pengguna

Apabila telah memiliki telefon pintar, satu applikasi yang wajib kita install adalah Whatsapp. Whatsapp menjadi medium utama untuk berkomunikasi sesama insan di mana jua kita berada kerana faktor kesenangan dan murah. 

Salah satu kegunaan Whatsapp adalah fungsi untuk membentuk kumpulan yang membolehkan kita berbual-bual dengan ramai orang secara serentak. 

WhatsApp telah melancarkan satu ciri baru iaitu yang membolehkan pengguna untuk melihat samada mesej mereka telah dibaca ataupun tidak.Jika penerima telah membaca mesej tersebut, ia akan menunjukkan tanda biru.

Ciri ‘mesej dibaca’ adalah benar-benar mudah untuk menggunakan dan memahami; apabila anda menghantar mesej kepada penerima, anda akan melihat tanda kelabu di bawah teks, mengesahkan bahawa mesej anda telah dihantar, tetapi jika penerima membuka WhatsApp dan membaca mesej anda, maka tanda itu akan bertukar menjadi biru.





Sentiasa ingat tanda tersebut hanya akan bertukar ke biru jika mesej anda telah dibaca jika ia masih kelabu, maka adalah selamat untuk menganggap bahawa penerima belum baca mesej tersebut. WhatsApp juga akan menunjukkan dengan tepat bila mesej itu dibacakan (masa).


Sama ada ciri terbaru whatapp ini membawa kebaikan atau keburukan terpulang kepada persepsi individu itu sendiri.Bagi anda yang mempunyai whatapp pejabat kenalah berhati-hati.Mungkin selepas ini tiada alasan “maaf boss tak perasan mesej yang boss hantar tadi” jika anda ada whatapp rasmi jabatan.  Sekiranya anda gemar berbohong menggunakan alasan di atas segeralah cari alasan lain kerana alasan di atas sudah tidak lagi valid utuk digunakan.Heheehehe. 





No comments:

Post a Comment