ABNxcess Pakej Internet 5Mbps RM69.99 Sebulan Vs Streamyx BB Deal 1Mbps RM110 sebulan ?

Nama ABNxcess memang begitu asing dikalangan ramai pengguna Malaysia buat masa ini. ABNxcess merupakan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet dan juga sokongan IPTV. Namun, lokasi sokongannya masih terhad buat masa ini.Apa yang menariknya daripada ABNxcess pada tahun baru 2014 di mana mereka hadir dengan promosi menawarkan perkhidmatan mereka pada harga hanya RM69.99 sebulan untuk internet berkelajuan sehingga 5Mbps dan juga 50 saluran TV percuma.

Jadi, mungkinkah dengan pengenalan pakej 5Mbps pada harga lebih rendah berbanding TM ini, ia akan membuatkan penyedia lain termasuk TM mengubah struktur harga pakej mereka?Admin harapkan persaingan yang sihat ini akan menguntungkan pengguna.Cukuplah dengan monopoli company tunggal di Malaysia bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dengan harga yang masuk akal.

No comments:

Post a Comment