Pengalaman tunaikan cek google adsense di bank maybank

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Sekiranya anda punyai akaun Adsense dan jumlah income yang terkumpul sudah boleh dikeluarkan, salah satu caranya ialah dengan menggunakan cek. Pihak Adsense akan terus menghantar cek kepada anda di akhir setiap bulan andai kata jumlah untuk dikeluarkan telah cukup seperti yang telah dipersetujui. nilai terkumpul sebanyak USD$100 untuk cek dikeluarkan.

Untuk makluman semua, nilai cek yang admin dapat bukanlah tepat-tepat USD$100 tetapi lebih; memandangkan tutup akaun hujung bulan Adsense saya punyai nilai lebih daripada USD$100. Teruja apabila dapat cek Adsense, admin pun ke bank tempatan untuk bank in ke akaun simpanan. Rupanya admin bakal menghadapi masalah dalam proses tunaikan cek dari google ke bank tempatan. Prosesnya tidak sama dengan cek tempatan yang mengambil masa 3 hari float.

Admin telah pergi ke cawangan Maybank Gerik pada 22.4.2014. Petugas Maybank di situ beritahu bahwa cek ini akan ambil masa untuk proses selama 2 minggu sehingga paling lama 1 bulan di Maybank HQ JKuala Lumpur. Cek biasanya akan dikenakan bayaran khidmat sebanyak yang dia tidak pasti untuk cek luar. Cek luar hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun atau ditunaikan menerusi cawangan bank yang membuka akaun.Yang menjadi masalahnya sekarang admin buka akaun di tempat lain.Pening..pening...

Seksa juga nak tunai cek google adsense ini.Sudahlah nak dapat cek dari google makan 8 tahun.Hahahaha. Mungkin admin tak update payment maklumlah tidak sangka sebenarnya akan dapat cek dari google adsense ini.Bila admin google balik bahawa terdapat cara mudah dan cepat untuk keluarkan duit dari akaun dan salah satunya Western Union.

Satu pengalaman baru bagi admin dalam hal ini mengenai bagaimana cek dari luar negara dapat dimasukkan ke dalam akaunsimpanan di mana mengambil proses yang agak lama.Sehingga kini admin masih menanti kemasukannya ke akaun simpanan admin..Nak buat macam mana kan...kalau 8 tahun admin boleh bersabar inikan pula kena tunggu sebulan.Hehehehehe...sabo je la

No comments:

Post a Comment