Manager Ji Jie bercakap tentang Shila Amzah di pertandingan i am singer season 2

Berakhir sudah pertandingan di China iaitu ‘I Am Singer’ musim kedua yang kini telah pun berlangsung sebanyak 12 episod dengan menobatkannya sebagai pemenang tempat ke 3. Dalam pertandingan itu, Shila telah berentap bersama dengan 6 lagi peserta seperti G.E.M. (Hong Kong), Han Lei (China), Gary Chaw (Malaysia), Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Program ‘I Am Singer’ merupakan satu pertandingan yang disertai oleh bintang-bintang yang sudah mempunyai nama besar, dan pilihan pemenang akan ditentukan melalui undian para penonton dan ianya menjadikan impian setiap penyanyi di negara China supaya dipilih menyertai pertandingan ini.Malangnya hanya 7 peserta sahaja yang layak bertanding pada setiap tahun. Penyertaan Shila Amzah telah membuka mata penonton China yang sememangnya telah terpukau  setiap persembahan beliau.Lagi mengkagumkan ialah Shila Amzah bukanlah seorang bangsa China dan bahasa pertuturannya adalah bahasa Melayu.

Kepada yang belum tahu, Shila Amzah mula menyertai ‘I Am Singer’ pada minggu ketujuh dimana Shila telah mendendangkan lagu ‘Xiang Ni De Ye’ yang bermaksud ‘Dikala Malam, Ku Merinduimu’ di mana lagu tersebut telah melonjakkan nama Shila di persada antarabangsa. Begitu hebat impak nyanyian Shila kerana mendapat tempat kedua sejurus Shila menyertai ‘I Am Singer’. Daripada riak wajah penonton juga, jelas terpancar keterujaan mereka terhadap kelunakan suara Shila Amzah.

Walau bagaimana pun kejayaan Shila Amzah banyak dibantu oleh Manager Ji Jie selaku pengurus peribadi beliau di dalam pertandingan itu. Satu temubual rancangan TV dengan Manger Ji Jie tentang pertandingan I am Singer dan juga pandangan terhadap Shila Amzah dikongsi bersama. Jom kita tengok..









No comments:

Post a Comment