Hukum orang meminum air ketum ,memproses serta menjualnya air ketum

Pokok ketum atau pokok biak atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia hidup subur di kawasan bertanah lembap yang mempunyai kandungan humus yang tinggi. Kebanyakannya ditemui tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kampung.

Batang pokok ketum berkayu keras dan bercabang. Ketinggian pokok ketum boleh mencapai sehingga 25 meter dan garis pusat batang pokok boleh mencapai sehingga 1 meter. Bahagian yang digunakan daripada pokok ketum adalah daunnya.Di perlis di panggil daun biak, Banyak orang kampung ambil dan rebus minum air, Bernama melaporkan air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi “mitraginin” yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.

Apakah hukum orang yang meminum air ketum tanpa dicampur bahan lain hanya air rebusan daun semata-mata., memproses serta menjualnya dan hukum duit hasil jualan air ketum?

Hukum air ketum disalahgunakan sehingga mendatangkan mudarat dan memabukkan adalah haram. Hukumnya sama dengan minuman keras. Perkara ini sudah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 3 Oktober 2005 mengatakan penyalahgunaan air ketum adalah haram.

Fatwa berkenaan menerangkan: “Daun ketum asal hukumnya adalah harus yang mana kebanyakan masyarakat menggunakannya untuk tujuan perubatan herba atau tradisional. Akan tetapi disalahgunakan oleh segelintir masyarakat sehingga memabukkan atau dengan mencampurkan bahan-bahan lain maka hukumnya adalah haram.” (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-pengharaman-air-daun-ketum).Begitu juga hukumnya haram memproses dan menjual air ketum yang disalahgunakan. Begitu juga dengan pendapatan daripada jualan itu adalah haram.

No comments:

Post a Comment