Hati-hati Jika kawan anda minum air coca cola setiap hari kemungkinan dia seorang penagih air ketum

Gejala ketagihan daun ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa Korth mutakhir ini semakin menular dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri Kedah. Tumbuhan jenis herba yang tumbuh meliar itu asalnya digunakan untuk perubatan tradisional bagi merawat kesihatan dalaman badan.

Bagaimanapun, kelebihan daun ketum dilihat semakin menjadi kegilaan ramai dan disalahguna untuk tujuan tidak berfaedah, malah kesannya boleh membawa kemudaratan sepertimana pengambilan minuman beralkohol atau dadah.Ini berikutan pengambilan daun ketum atau air ketum secara berlebihan akan membuatkan seseorang peminum atau pengamalnya berasa khayal dan memabukkan.

Daun ketum akan direbus kira-kira sejam sehingga mendidih untuk menghasilkan air ketum yang mempunyai rasa asli. Malah, air ketum tersebut juga ada yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk menjadikan rasa dan kesannya lebih ‘power’ bagi mereka yang sudah ketagih.

Kalau nak air ketum ‘power’ anda hanya perlu tambah ubat batuk atau ubat penahan sakit seperti Panadol. Kalau nak lebih sedap, tambah saja minuman cola. Bagi yang brutal, boleh tambah serbuk ubat nyamuk. Begitulah antara resipi yang orang normal dan berfikiran waras tidak tergamak lakukan tetapi sudah menjadi lazim kepada penagih tegar ketum.



Seorang peminum ketum yang mahu dikenali sebagai Waafi, 28, berkata, dia mula terjebak dengan gejala minum ketum sejak empat tahun lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.Menurutnya, pada mulanya dia sekadar mahu mencuba selepas diberitahu air ketum boleh menjadikan seseorang itu lebih bertenaga dan sihat.

“Awalnya saya cuba sikit saja, memang rasa pahit tapi saya minum juga sebab nak bagi badan berpeluh dan sihat. Masa itu pun tak selalu minum, kalau ada kawan ajak baru saya minum.“Bila dah lama, memang jadi ketagihan setiap hari mesti nak minum, kalau tak minum rasa tak sedap duduk. Selagi tak minum selagi itu tak dapat buat kerja dengan tenang,” katanya yang juga seorang pemandu jentera menuai padi.

Bagaimanapun tambah Waafi, sehingga kini dia tidak terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan supaya mencuba air ketum yang dicampur dengan bahan-bahan lain.“Ramai kawan yang campur air ketum dengan ubat batuk atau Panadol. Biasa mereka minum dan mabuk, saya tak berani…sebab saya kerja mesin padi, bahaya kalau mabuk,” katanya.

No comments:

Post a Comment