Walking Wings ajar cara anak bawah satu tahun cepat berjalan sendiri

Pasangan suami isteri yang baru dikurniakan anak lazimnya berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat bayi mereka pandai berjalan.Mereka sudah pasti berbangga memberitahu rakan-rakan bahawa bayi mereka yang comel sudah mula bertatih dan berjalan jatuh.

Berjalan ada kaitannya dengan keseimbangan dan perkembangan motor. Bagi sebahagian kanak-kanak, mampu berdiri adalah satu pencapaian, manakala melangkah setapak demi setapak adalah satu matlamat yang mesti dicapai tanpa merasai penat.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi membantu anak-anak belajar berjalan.Sebagai contoh, galakkan mereka berdiri dan berpegang pada perabot untuk menambah kestabilan dan membantunya belajar mengimbangkan diri dengan betul. Apabila anak lebih yakin, dia akan lebih suka bergerak di sekeliling perabot itu untuk mendapatkan mainan kegemarannya.

Walking Wings adalah cara yang lebih selamat untuk menyokong bayi untuk berlatih berjalan. Berbanding cara kuno oleh ibubapa mengajar anak berjalan di mana kanak-kanak boleh tercedera apabila anda memegang satu tangan.





 Tips untuk melatih baby berjalan.

1.  Kurangkan letak anak dalam baby walker. Bila dah lebih 10 bulan, rajin-rajin letak baby kat bawah dan biar dia main / berusaha untuk bangun sendiri bila nak bergerak. Kalau selalu sangat dalam walker akan menyebabkan baby malas dan tiada keyakinan.

2.  Masa ajar anak berjalan, biarkan kaki baby tanpa stokin / kasut. Ni untuk memudahkan baby kita menyeimbangkan badan dan mengawal pergerakan. Lagipun baby boleh rasa jari-jari dia sentuh lantai dan dia akan lebih yakin bertatih.

3. 
Bayi akan lebih cepat berjalan apabila dibantu oleh ibubapa mereka. Ibubapa boleh menggalakkan anak berjalan dengan dengan berlutut di hadapan anak, sambil memegang tangannya semasa dia berjalan. Rajin-rajin lah bawa anak tatih keliling satu rumah. Mula-mula main bertatih 3,4 langkah dengan dibantu oleh sorang lagi yang akan sambut baby. Then boleh start jalan dengan memegang kedua2 tangan dia. Jalan la dari hujung sini ke hujung sana.

No comments:

Post a Comment