
Phablet terbaru milik Xiaomi ini didatangkan dalam dua versi yang berbeza mengikut kelajuan prosessor iaitu versi 1.4GHz dan juga 1.7GHz.
Redmi Note akan ditawarkan pada harga yang amat berpatutan dan sangat rendah bagi model phablet. Di mana versi dengan pemproses berkelajuan 1.4GHz dengan 1GB RAM akan dijual pada harga $ 130 sekitar RM 430 manakala versi dengan pemproses 1.7GHz dengan 2GB RAM akan dijual pada harga $160 sekitar RM 530.
Kedua model ini akan hadir dengan pemproses MediaTek MTK6592. Ciri lain yang disertakan adalah, UI MIUI yang disertakan dengan Android Jelly Bean, skrin paparan IPS berukuruan 5.5-inci dengan 720 x 1280 piksel, dwi-SIM, slot microSD, kamera belakang 13MP, kamera hadapan 5MP dan bateri berkapasiti 3,200mAh.
Spesifikasi ringkas yang ditawarkan oleh Redmi Note :
- 5.5-inch 720p IPS display + OGS technology
- 1.4GHz / 1.7GHz octa-core MediaTek MT6592 processor
- 1GB (1.4GHz) / 2GB Ram (1.7GHz)
- 13MP + LED
- 5MP kamera bahagian hadapan
- 8GB internal memori + sokongan sdcard
- Android 4.2 Jelly bean (MIUI Rom)
- Dual-sim
- 3,200 mAh battery
No comments:
Post a Comment