Remaja Kes Buli tahun 2013 terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih ingatkah anda kes tiga budak pembuli Sek Men Tun Hussein Onn di Seberang Jaya,Pulau Pinang yang menjadi viral dengan video klip Lan Todak tidak lama dahulu pada tahun 2013 di mana  pembuli bernama Munir, Izzat dan Herry membelasah mangsa  seorang ketua tingkatan yang mahu membuat laporan kepada cikgu tentang handphone yang dibawa mereka ke sekolah.

Hasil semakan dan maklumat orang ramai, pihak PDRM mendapati bahawa klip video kes buli yang tersebar menerusi media sosial yang berlaku pada 4 Mac 2013 lepas telah diselesaikan oleh pihak sekolah bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah. Tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah dan sehingga kini pihak PDRM tidak menerima sebarang laporan polis dari pihak yang berkenaan.

Video Kes Buli yang menjadi viral di internet
 
Salah seorang daripada pelajar itu dikatakan telah meninggal dunia setelah terlibat dengan kes langgar lari jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.Dikatakan, budak yang berbaju merah meninggal dalam kemalangan Jumaat pagi lepas.Pagi tu semasa dalam perjalanan ke sekolah di SK Taman Inderawasih, motor ditunggang arwah terlanggar motor yang terlibat kemalangan lalu tercampak dan meninggal.

Arwah memakai baju merah

 Dia meninggal pada pagi Jumaat. Mayatnya tiba di Surau Tuna pada pukul 12.30 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya pada pukul 1. Arwah Munir, yang berbaju merah dalam gambar di atas telah banyak berubah setelah kes buli itu. Dia banyak membuat tugas-tugas kebajikan dan gotong royong seperti membersihkan surau/masjid.

Sebelum dia meninggal, dia sempat memohon maaf kepada ibu bapa dan mangsa buli tersebut.Semoga ditempatkan dengan orang yang beriman.

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment