Seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia pada 17 Disember 2013 - Al Fatihah

Seniwati Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya jam 8.26 malam Selasa setelah sekian lama menderita penyakit barah.

Azean menghembuskan nafas terakhir di sisi suami dan anak-anak, saudara-mara serta beberapa rakan artis di wad Medikal. Allahyarhamah dimasukkan ke PPUM untuk menjalani rawatan sejak seminggu lalu setelah keadaan kesihatannya makin merosot.

Pernah popular dengan gelaran ‘ratu air mata’, Allahyarhamah mula mencipta nama sebagai penyanyi pada awal 1970-an dan bakatnya mula menyinar sebagai primadona layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.


 

No comments:

Post a Comment